Worm Bin – Percubaan
Memandangkan kadar timbunan bongkah cendawan terpakai dan rosak semakin meningkat, kami perlu buat sesuatu sebelum keadaan menjadi tidak terkawal, sakit mata memandang melihat timbunan bongkah cendawan.
Jadi kami mencuba membela cacing secara kecil-kecilan, sebagai percubaan. Kami bermula dengan 1kg African Night Crawler di beli dari NAS Agro hari Sabtu lepas. Medium pon di”sponsor” oleh mereka. Buat masa ni kami bela didalam tong poly terpakai.
Hari pertama memang cemas juga, cacing memanjat-manjat nak cuba keluar dari tong. Warnanya pon kemerah-merahan, stress kot. Alhamdullilah keesokkan harinya semuanya nampaknya normal. Hampir kesemuanya menyorok didalam medium dan warna cacing menjadi cokalt semula sama seperti persekitaranya.
Hari ni masuk hari kelima, nampaknya media dah kelihatan gembur dan peroi. Tiga hari lepas ada campakkan sikit cendawan reject, hari ni dah nak tengelam cendawan tu dalam media.
Seronok juga tgk pe’el cacing ni.
Kalau ada rezeki boleh pula kami jual baja vermikompos selepas ni.



Tags: african night crawler, baja cacing, baja organic, bongkah, bongkah rosak, cacing, habuk kayu, vermicompost, vermikompos