Ulat Lah Pulak
Setelah sekain lama tak update, ni ada cerita terbaru. Bongkah di serang ulat lah pulak. Tak tahulah ulat apa, lain org tgk, lain spesis ulat yg dikatanya. Ulat spesis apa itu perkara kedua. Perkara pertama macamana ianya boleh masuk dalam bongkah cendawan.

Ada dekat 500 ++ beg yg terjebak ni. Ada beg myceliumnya jalam penuh satu beg, dengan ulat2nya di”makan”nya. Ada pula bongkah yg berlorong-lorong. Ada pulak beg biji gandum (benih) habis dimakannya. Ada beg yg mycelium dah separuh terus hilang.
Dari pegamantan, beg-beg yg terjebak ni didapati sekitar penutup peram nya berabuk, habuk span. Macam telah dikorek.
Setelah membuat beberapa panggilan ke otai-otai cendawan dan juga sifu Pn Normah, semuanya menunjuk kepada pengawalan serangga. Dan dengan pengunaan span sebagai penutup peram menambahkan lagi risikonya.
Jadi apa kaitanya span, serangga dengan ulat tadi ?
Span peram lepas dikukus akan lembap terutamanya dibahagian dalam bongkah. Kemudian disuntik mengunakan biji gandum, menambahkan kelazatan bongkah cendawan ini yg menarik minat sang serangga ini. Serangga-serangga ini akan bertelur dipermukaan span ini. Larva yg menetas sangat halus, dan boleh melalui celah-celah rongga span. Memang kami dapati banyak larva-larva yang sangat halus bermain-main dikeliling leher bongkah.
Antara nasihat Pn Normah dan otai-otai lain adalah pengawalan serangga seperti menutup laluan serangga dan mengunakan perangkap gam. Beg-beng yg dijangkiti ulat ini masih lagi boleh digunakan. Pn Normah rekomen utk mengantikan habuk kayu dibahagian atas bongkah dengan habuk yang baru dan dikukus dan suntik semula.
Tags: cendawan tiram kelabu, jabatan pertanian, normah, perosak cendawan, puan normah, serangga perosak, ulat, ulat cendawan
October 29th, 2009 at 3:08 PM
ulat ni berpunca dari lalat halus yang bertelur di bibir tudung beg atau semasa proses baging. kebiasaannya beg yang terlebih air mudah diserang sebab lebih menjadi tarikan dari segi bau dan kelembapan. cara nak hindar masalah ni adalah dengan menutup dengan satu lapisan surat khabar (ikat dengan getah satu layer je, kalau tebal nanti cendawan lambat kuar hasil lak) sebab tu ramai pengusahan yg dah lama guna penutup peram surat khabar lama sahaja. penggunaan penutup berjaring dan berspan kalau tak jaga dengan baik mudah dijangkiti penyakitn terutamanya kulat hijau. untuk beg yg dah kene ulat tu biarkan aja, nanti dia jd kepongpong dia tak kaco dah kekekek, tapi hasil cendawan kurang sikit la tapi tak la sampai bongkah tu perlu dibuang.