Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Tidak Guna Neck, Cap atau Stopper

Kami membuat keputusan utk tidak mengunakan cap, neck atau stopper pvc.

Cendawan keluar lebih “meriah” berbanding mengunakan neck. Kalau tidak sebelum ini cendawan “tersepit” dan kadang kala tak kluar. Selain itu, tak perlu lagi di korek utk memberi laluan utk cendawan seterusnya keluar. Ini dapat mengurangkan jangkitan penyakit melalui alat pengorek. Secara tidak langsung ini juga dapat menjimatkan kos. Setakat ini, keadaan masih terkawal. Tiada jangkitan penyakit.

Kami juga tgh eksperimen tidak mengunakan cap peram semasa pembuatan beg. Kami nak gunakan getah dan kapas sahaja. Gambar akan menyusul.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Tags: ,

10 Komen untuk kiriman “Tidak Guna Neck, Cap atau Stopper”

  1. ayne Says:

    pglmn sy dgn kaedah ni, cendawan takleh besar & sukar dikawal pengeluarannya. so, lebih baik pakai leher sekurang2nya & masa rehat bole ikat getah

  2. guest Says:

    kalau ada beratus beg senang nak urus. Kalau dah sehari 1k kena ikat getah nanti…bernanah jari nak ikat.

  3. gogsard Says:

    Kalau takut bernanah, pakai tali rapia pon boleh, pintal sahaja 50,60 beg sekali. Last baru ikat mati.

  4. coversyl Says:

    saya tak buat cendawan cuma curious.. jadi sekarang lepas tuai, biarkan sahaja terbuka ?

  5. gogsard Says:

    Yes, kami biarkan sahaja. Dan tidak perlu dikorek sebab sisa2 cedawan yg dipetik tidak lagi tertinggal di mulut bongkah. Dan takde beza dari segi rasa atau kekenyalan.

    Ada juga pengusaha yg lain berpendapat cendawan keluar lebih keras jika tidak dibiarkan rehat.

  6. Kulap Says:

    Assalamualaikum tn rumah,

    Saya setuju 100% dgn ulasan Ayne tu … saya dah cuba kat farm kami teknik ni. Utk skala besar mmg x praktikal. Sblm ni kami cuma menggunakan 4 rak sahaja dgn teknik ni … tp malangnya utk maintenance ia mengambil masa yg terlalu panjang dah hasil yg keluar kurang cantik … bentuk cdwn tu kurang menarik. Dr segi rasa bg saya tak de problem .. sama je. But the main thing is the practicality.

    Ini just pendapat je yg ingin dikongsi bersama.

  7. tseli Says:

    bergantung kepada saiz kita nak. kalu terbuka ia banyak tapi tak besar.
    kalu ada neck tu saiz kulat besar la, tapi beberapa kuntum je.
    kalu nak goreng yang besar best, nak buat sayur campur kecil ok.
    tengok customer nak yang mana.

  8. kalalait Says:

    salam tn rumah,
    sy sdg belajar, mohon beri panduan…
    guna cara ni, biarkan terbuka? tada rehat ka?
    btw, gambar terkini, suma nya pakai neck?
    konfius….
    trima kasih sudi berkongsi..

  9. Amree Says:

    Kalalait, takde masalah nak biarkan terbuka sentiasa. Tiada “hard rule” mengatakan kita mesti pakai neck dan cap. Pertama sekali mesti memahami kenapa trend di Malaysia gunakan plastik PP, neck dan cap dan kenapa tidak konsep lain.

    Berdasarkan pengalaman kami :

    Bila terbuka memang memudahkan kerja, tak perlu beli neck dan cap, tak perlu cuci, tak perlu korek, cendawan kluar pon banyak.

    Tetapi ada keburukannya. Bila terbuka luas, maka makin luaslah permukaan yg terdedah kepada udara. Peratus utk rosak boleh meningkat. Tapi ini semua bergantung kepada tahap kebersihan bangsal anda.

    Kemudian bila dah terbuka, time dtg masa menuai, keadaan boleh menjadi bersepah2 dengan habuk kayu. Bila kita cabut cendawan, sisa-sisa habuk kayu jatuh ke lantai atau kedalam bongkah lain. Ini boleh mempercepatkan merebaknya penyakit.

    Apa bila tidak dikorek (rehat), permukaan yg terdedah akan menjadi keras dan menebal (mycelium tua). Apabila dah tebal, cendawan sukar handak tumbuh. Jadi kita perlu kikis permukaan tersebut utk membenarkan mycelium muda tumbuh. Aktiviti mengkikis ini menimbulkan masalah sama seperti diatas.

    Apa yg disampaikan diatas bukan bermakna ianya tidak betul. Ada pengusaha (org-org lama) masih mengunakan kaedah ini. Jadi terpulang pada budi bicara anda. Saya pernah tgk org mengunakan kotak plastik utk tanah cendawan tiram kelabu secara komersil.

  10. kalalait Says:

    wow! Amree, penerangan yg pjg lebar. terima kasih beribu-ribu cendawan.
    maklumat yg diberikan sgt berguna. amat berguna utk memudahkan sy membuat pembentangan utk mendpt pelaburan dari bakal pelabur (pak mertua). terima kasih.

Tingalkan Komen Anda