Tetamu Yang Tidak Diduga
Teringat pesan Pn Normah semasa kursus yg lepas, “Pastikan rumah cendawan tidak boleh dimasuki serangga dan binatang perosak”. Dan ada peserta yg menyampuk utk mempelihara ular utk menangkap tikus.
Nampak gayanya idea ular tu tak boleh pakai, kalau ularnya panjang sampai 8 kaki
.
Kejap tadi seekor ular sawa muncul di ladang kami; mencari tikus kot. Masa tu saya hendak keluar dari bilik suntik, dia dah menunggu betul-betul depan pintu, ada lah dua kaki dari saya. Terkejut beruk dibuatnya.
Mula-mula ayah saya cuba lah nak “handle” sendiri. Lepas “lanyak” dengan batang rotan pon tak mati-mati, dia melompat menyuruk bawah steamer pula. Kami berani-beranikan diri lah tarik ekornya utk bawanya keluar, tak bergerak ! Kuat betul ular ni.
Akhirnya, tak nak kasi lari, kami timpanya dengan steamer tu sendiri. Dah tak tahu nak buat apa, call lah 999.
20 minit kemudian, pihak dari Jabatan Pertahanan Awam tiba. 5 minit je selesai kes. Rupanya mereka ni memang geng tangkap ular. Malam ni sahaja dah ada beberapa kes ular derang tangkap. Ada lah 3,4 ekor dalam van mereka.Terima kasih kami ucapkan pada mereka.

Mula-mula menyuruk dibelakang tong gas

Dihimpit dengan steamer.


Sekejap je JPA uruskan.

Ayah sempat berposing.





June 25th, 2009 at 12:48 AM
ulooo!!! yek yek tuuiii… geli2..dah beso gile!
June 25th, 2009 at 9:52 AM
ayne pernah gak dimasuki menatang nie.. cobra hitam! tapi 18 inci je, kejar2 sambil siram air garam last2 dia melekat kat celah2 bakul.. ape lagi, ambik parang kontot, pancung! putus dia puanya kapla hahaha..
August 9th, 2009 at 4:26 PM
Lepas tangkap abang jpa bole la jual