Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Tahun Baru Menjelang Tiba

Nampak gayanya, musim cendawan merajuk dah tiba. Panas betul sekarang ni, duduk dalam air-cond pon masih panas lagi. Terkejut juga bila suhu boleh mencicah 38°C. Musim hujan bulan lepas sibuk mencari market nak jual lebihan cendawan, sekarang ramai pulak yang telefon cari cendawan :D

12122009186

Selain daripada itu, alhamdullilah, Januari tahun depan masuk tahun ke-3 kami menjalankan projek cendawan ni. Perjalanan 2 tahun ini memang penuh pancaroba, tidak henti-henti berhadapan dengan cabaran. Berkat kesabaran ini banyak memberi pengajaran dan pendedahan terutamanya memahami pe’el cendawan ini. Terus terang kami katakan, 2 tahun masih tak cukup utk “ngam” dengan cendawan ini.

Tahun depan rancanganya nak menjalankan bangsal yang ketiga. Sekarang ini pon tgh mengagah-gagahkan memenuhkan bangsal no-2 yang berkapasiti 18,000 bongkah. Rancanganya hujung bulan ini penuh, tapi nampak gayanya tak tercapai matlamat disebabkan beberapa halangan penyakit dan perosak. Nampak gayanya projek kursus terpaksa ditangguhkan sebulan dua untuk memastikan semua berjalan lancar semula.

Selain itu projek cacing kami agak memberangsangkan. Seronok dibuatnya apabila melihat cacing-cacing gemuk-gemuk belaka dan banyak telur cacing. Tak sangka cepat juga si cacing ni memproses hasil buangan.

P1060956

Buat masa ini kami tidak mahu gunakan najis binatang sebagai media cacing. Kami gunakan sisa buangan tumbuhan disekitar ladang kami. Gambar diatas adalah percubaan pertama mengunakan buangan daun pandan, batang pokok pisang, akar cendawan, surat khabar dan kad bod.

P1060989

Ini adalah “rumah cacing” kami yg dibina hujung bulan lepas. Kerana malas nak potong kecik-kecik, kami potong cincai je, tu yang besar-besar daun nya. Di pangkal bekas ini adalah media permulaan kami dulu, dah hitam dan penuh dengan tahi cacing. Sekarang, lebas sebulan, daun-daun tu dah hampir tidak kelihatan. Tinggal serat je. Dan medium pun sudah 3/4 penuh dengan tahi cacing. Tinggal nak cari masa sahaja untuk buat ujian keatas tanaman.

Tags: , , , , , ,

Tingalkan Komen Anda