Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘steamer’

Bantuan Dari Jabatan Pertanian

Monday, July 6th, 2009

Alhamdullilah, permohonan kami tahun lepas telah berjaya. Bulan lepas kami menerima sebuah mesin begging dan sebuah steamer. Terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak di Jabatan Pertanian.

Mesin begging kami belum cuba lagi kerana ianya datang tanpa mixernya. Mixernya kami dah request tapi tak pasti bila akan tiba. Utk mengelakkan sebarang kesulitan, kami biarkan dulu dalam keadaan baru nya, mana tahu Jabatan Pertanian nak ambil balik utk diganti dengan mesin yg sedia dengan mixernya.

Disini ada satu tips yg saya ingin kongsi. Tips ini datang dari member cendawan kita, Supaat dari Desa Permai Agrotech. Apa yang beliau lakukan ialah semasa meyerahkan borang permohonan, sertakan sebut harga peralatan yg kita perlukan daripada pengeluar. Dengan cara ini pihak Jabatan Pertanian lebih mudah utk mengagak kos yg perlu dikeluarkan dan tidak perlu lagi mencari pergeluar/pembuat mesin. Dan kelebihan utk pemohon mendapat mesin yg memenuhi spesifikasi dan keperluan.

Steamer boleh memuatkan 400 bongkah

Canggih mesin beggingnya. Siap ada timer.

Steamer Baru

Wednesday, April 29th, 2009

Setelah bertungkus lumus sepanjang 3 minggu, akhirnya siaplah steamer baru kami. Untuk menjimatkan kos ia diperbuat dari kayu dan zink. Sebab lain kerana kami tiada kepakaran utk mengimpal besi.

Steamer ini mengunakan boiler dan boleh memuatkan 600 bongkah. Pada mulanya kami mengunakan 1 boiler, tapi nampak gayanya tidak cukup “kuat” utk menaikkan suhu dengan cepat dan mengekalkan suhu pada 80 darjah celcius. Setakat ini hanya dapat 70 darjah celcius.

Boiler kedua sedang dalam pembinaan harap-harap dapat mantain suhu pada 80 darjah celcius atau lebih.

Kami mempunyai rancangan utk menerima tempahan. Buat masa ini harga masih belum ditetapkan. Dalam masa terdekat ini kami akan siarkan.

Pandangan Depan

Boiler

Thermometer mini :D