2 in 1, Sauna dan Steamer Bongkah
Sunday, November 23rd, 2008Sejak ada mesin begging ada masalah lain pula timbul. Kapasiti kukusan kami terhad dan secara tidak langsung meningkatkan kos tong gas kami
Jadi kami merancang utk buat steamer batu yg boleh memuatkan 600 beg mengunakan elektrik. Dan sebagai “proof of concept” kami simulasikan dalam skala kecil mengunakan bilik air rumah yg tertutup dan mengunakan heating element yg kami ambil dari cerek elektrik.Konsepnya adalah sama seperti mengunakan boiler.
Tidak terpikir pula kami masa itu pasal sauna. Bila sudah siap baru perasan
. Apalagi layan 10 min mandi wap
Kepada mereka yg ada bilik-bilik kosong, boleh lah timbang-timbangkan idea kukusan ini. Jika tidak mengukus bongkah, bolehlah digunakan utk bersantai mandi wap selepas seharian membuat bongkah
Apa yg anda lihat didalam video dibawah hanyalah konsep asasnya. Jadi kalau ada yg berminat, kena lah buat cantik sikit dan timbangkan aspek keselamatan.
Kami gunakan cerek elektrik 2000 watt yg mudah didapati.
Maklumat yg kami perolehi seperti berikut
Air takungan : 6 liter
Kuasa heating element : 2000 watt
Masa utk mengeluarkan stim : 5 min
Masa utk mendidih : 20 min
Jumlah air tersejat dalam masa 15 min : 1 liter
Angaran Kos elektrik utk 6 jam kukusan (30 liter air) :
2 unit (2000 w = 2 kWh) x 0.30 seunit TNB x 6 jam = RM3.60 (anggaran kasar)
Suhu persekitaran bilik : Kami tidak berkesempatan utuk ukur. Tapi memang sangat panas. Kami jangka kalau diberi masa yg cukup, boleh naik lebih 80°C
Aspek keselamatan
Pastikan litar elektrik anda mampu utk membawa beban yg tinggi dalam tempoh masa yg lama. Gelung heating element yg kecik tu mengunakan lebih kurang 9 amp arus elektrik yg bersamaan 2 biji air cond 1HP dan litar akan menghasilkan banyak haba.
Pastikan plug tahan panas, dan disyorkan 15amp. Pastikan litar tidak berkongsi dengan alatan lain kerana mungkin boleh menyebabkan “trip”. Gunakan wayar copper yg tebal utk mengelakkan penebat cair atau terbakar; lagi tebal dari wayar yg digunakan pada plug extension atau air cond.
Pastikan anda ada cukup air utk mengelakkan takungan kering. Jika kering boleh menyebabkan kebakaran.
Kalau nak mencuba, boleh gunakan maklumat diatas utk mengangarkan jumlah air, kos, masa dan tenaga yg nak digunakan. Jadi jika dilihat pada kos elektrik nampaknya sangat-sangat menjimatkan.
Ini hanya skala kecil, jadi utk skala besar, kuasa dan sais heating element perlu ditingkatkan mungkin kepada 4000 watt dan takungkan air yg lebih besar. Ini bergantung kepada keperluan anda.
Selamat mencuba.












