Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘perosak’

Tetamu Yang Tidak Diduga

Thursday, June 25th, 2009

Teringat pesan Pn Normah semasa kursus yg lepas, “Pastikan rumah cendawan tidak boleh dimasuki serangga dan binatang perosak”. Dan ada peserta yg menyampuk utk mempelihara ular utk menangkap tikus.

Nampak gayanya idea ular tu tak boleh pakai, kalau ularnya panjang sampai 8 kaki :D .

Kejap tadi seekor ular sawa muncul di ladang kami; mencari tikus kot. Masa tu saya hendak keluar dari bilik suntik, dia dah menunggu betul-betul depan pintu, ada lah dua kaki dari saya. Terkejut beruk dibuatnya.

Mula-mula ayah saya cuba lah nak “handle” sendiri. Lepas “lanyak” dengan batang rotan pon tak mati-mati, dia melompat menyuruk bawah steamer pula. Kami berani-beranikan diri lah tarik ekornya utk bawanya keluar, tak bergerak ! Kuat betul ular ni.

Akhirnya, tak nak kasi lari, kami timpanya dengan steamer tu sendiri. Dah tak tahu nak buat apa, call lah 999.

20 minit kemudian, pihak dari Jabatan Pertahanan Awam tiba. 5 minit je selesai kes. Rupanya mereka ni memang geng tangkap ular. Malam ni sahaja dah ada beberapa kes ular derang tangkap. Ada lah 3,4 ekor dalam van mereka.Terima kasih kami ucapkan pada mereka.

Mula-mula menyuruk dibelakang tong gas

Dihimpit dengan steamer.

Sekejap je JPA uruskan.

Ayah sempat berposing.

Kursus Penyakit & Perosak

Tuesday, June 23rd, 2009

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cendawan Blues, Salam Makmur, MAM, Agro Consult & Services, Tanali Esteem, Life Light dan pihak Taman Pertanian Malaysia kerana telah berjaya menjayakan kursus ini. Ini memberikan sedikit nafas baru dalam industri dan juga pada pandangan saya suatu seminar yang “out of the box” yg memajukan kita kehadapan, membawa kita keluar dari konsep kursus cendawan yg sedia ada sekarang.

Ribuaan terima kasih diucapkan kepada Pn Normah kerana dengan adanya platform seperti ini, pengalaman beliau selama 30 tahun dalam bidang cendawan dapat dikongsi bersama pengusaha-pengusaha lain. Bagi kami di Cendawan 915, apa yg dibincang dan dibangkitkan oleh beliau memang sangat-sangat berkait rapat dengan operasi kami disini. Ianya seperti membuat “post-mortem” operasi dan masalah kami selama 2 tahun beroperasi.

Perkara-perkara seperti “Good Hygiene Practice”, workflow kerja yg betul, pengurusan dan lokasi cendawan dibentangkan dengan mendalam. Jika apa garis panduan yg dibangkitkan oleh beliau dijadi kan satu standard piawaian industri, memang kami di Cendawan 915 ni jauh dibelakang.

Berkenaan penyakit dan perosak cendawan, perkara-perkara sepertiserangan kulat, bakteria dan virus dibincangkan dengan mendalam. Terutamananya “sahabat” rapat pengusaha, kulat hijau mendapat perhatian khusus. Apa yg dapat disimpulkan mengenai pencegahan penyakit dan perosak adalah pokoknya ialah kebersihan. Dan kebersihan yg dimaksudkan bukan terhad kepada memastikan persekitaran bersih dan teratur, ianya merangkumi aspek kualiti udara persekitaran, pengawalan suhu dan kelembapan dan habitat perosak, susun atur dan cara bekerja dan mengaplikasikan langkah-langkah pencegahan awal.

Mungkin sudah tiba masanya satu standard khusus utk industri cendawan diperkenalkan.

Selain itu Pn Normah akan pencen dari Jabatan Pertanian pada Jan 2010. Selepas itu beliau akan terlibat dengan pasukan Agro Consult & Services.

Selepas makan tengah hari, kami dihididangkan dengan demonstrasi mesin begging dan mixer dari Sonazs oleh En James Lam. Inilah kali pertama saya tgk mesin 2in1 mixer dan begging beroperasi; selama ini tgk digambar sahaja. Kemudian taklimat oleh Vicky Tan mengenai Tanali Wood Vinegar dan Ms Tan mengenai Life Light.

Jika ada kursus seperti ini lagi, saya syorkan anda menyertainya.

Sedikit gambar utk dikongsi bersama.

Pn Normah dan sampel-sampel beg media yg rosak

Penganjur dan MC, Akmal dari Cendawan Blues

James menerangkan mengenai mixer 2 in 1.

Demo mesin.

Vicky dan Wood Vinegar. Dihadapan beliau adalah botol-botol Wood vinegar Tanali yg original.

Demonstratsi pengunaan wood vinegar oleh Tuah Haji Jusoh, salah seorang agen Tanali di Peramu, Pekan, Pahang.

Ms Tan dan Life Light.

Gambar-gambar lain boleh didapati disini : http://www.flickr.com/photos/gogsard/sets/72157620156200432/