Lagi Satu Cabaran Baru
Friday, June 13th, 2008Alhamdullilah, hari ini dapat satu kedai mintak supply cendawan. Satu berita baik utk kami yg masih lagi terkial-kial utk memasarkan cendawan kami. Mereka hanya perlukan 1kg sehari. Walaupun jumlahnya sikit, bagi kami ianya adalah satu jumlah yg agak mencabar utk dipenuhi. 500 dari beg cendawan kami masih lagi belum matang, dan 500 selebihnya baru dibuka dan mungkin mengambil masa 3,4 hari lagi utk mengeluarkan hasil. Mungkin kami terpaksa beli sedikit dari orang lain utk memastikan supply tidak putus.
Tuan kedai tu juga memberi komen mengenai packaging kami. Dia syorkan clear plastik, seperti yg TAA komen sebelum ini. Terus kami ke bergegas ke kedai dan beli 1kg beg plastik yg disyorkan dengan harga RM8 sekilo.
Hari ini kami jumpa 10 beg dijangkiti kulat hijau. 3 daripada nya kami “salvage”, harap-harap masih lagi boleh mengeluarkan hasil.

Lepas di salvage. Pendek sket dari asal.

Dan ini adalah sedikit gambar sistem siraman kami. Nozzle bewarna biru. Dari pemerhatian kami, cendawan kami tumbuh lebih cantik selepas kami pasang sistem siraman ini. Ia menyiram 3 kali sehari.

Pump dan tank air utk siraman.


Update 27/2/2008 : Kami tidak lagi mengunakan kaedah siraman. Sila rujuk http://saekar.com/cendawan915/qa-berkenaan-water-mist/
