Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘pengukus’

Steamer Baru

Wednesday, April 29th, 2009

Setelah bertungkus lumus sepanjang 3 minggu, akhirnya siaplah steamer baru kami. Untuk menjimatkan kos ia diperbuat dari kayu dan zink. Sebab lain kerana kami tiada kepakaran utk mengimpal besi.

Steamer ini mengunakan boiler dan boleh memuatkan 600 bongkah. Pada mulanya kami mengunakan 1 boiler, tapi nampak gayanya tidak cukup “kuat” utk menaikkan suhu dengan cepat dan mengekalkan suhu pada 80 darjah celcius. Setakat ini hanya dapat 70 darjah celcius.

Boiler kedua sedang dalam pembinaan harap-harap dapat mantain suhu pada 80 darjah celcius atau lebih.

Kami mempunyai rancangan utk menerima tempahan. Buat masa ini harga masih belum ditetapkan. Dalam masa terdekat ini kami akan siarkan.

Pandangan Depan

Boiler

Thermometer mini :D

2 in 1, Sauna dan Steamer Bongkah

Sunday, November 23rd, 2008

Sejak ada mesin begging ada masalah lain pula timbul. Kapasiti kukusan kami terhad dan secara tidak langsung meningkatkan kos tong gas kami

Jadi kami merancang utk buat steamer batu yg boleh memuatkan 600 beg mengunakan elektrik. Dan sebagai “proof of concept” kami simulasikan dalam skala kecil mengunakan bilik air rumah yg tertutup dan mengunakan heating element yg kami ambil dari cerek elektrik.Konsepnya adalah sama seperti mengunakan boiler.

Tidak terpikir pula kami masa itu pasal sauna. Bila sudah siap baru perasan :D . Apalagi layan 10 min mandi wap :D

Kepada mereka yg ada bilik-bilik kosong, boleh lah timbang-timbangkan idea kukusan ini. Jika tidak mengukus bongkah, bolehlah digunakan utk bersantai mandi wap selepas seharian membuat bongkah :D

Apa yg anda lihat didalam video dibawah hanyalah konsep asasnya. Jadi kalau ada yg berminat, kena lah buat cantik sikit dan timbangkan aspek keselamatan.

Kami gunakan cerek elektrik 2000 watt yg mudah didapati.

Maklumat yg kami perolehi seperti berikut

Air takungan : 6 liter

Kuasa heating element : 2000 watt

Masa utk mengeluarkan stim : 5 min

Masa utk mendidih : 20 min

Jumlah air tersejat dalam masa 15 min : 1 liter

Angaran Kos elektrik utk 6 jam kukusan (30 liter air) :
2 unit (2000 w = 2 kWh) x 0.30 seunit TNB x 6 jam = RM3.60 (anggaran kasar)

Suhu persekitaran bilik : Kami tidak berkesempatan utuk ukur. Tapi memang sangat panas. Kami jangka kalau diberi masa yg cukup, boleh naik lebih 80°C

Aspek keselamatan

Pastikan litar elektrik anda mampu utk membawa beban yg tinggi dalam tempoh masa yg lama. Gelung heating element yg kecik tu mengunakan lebih kurang 9 amp arus elektrik yg bersamaan 2 biji air cond 1HP dan litar akan menghasilkan banyak haba. 

Pastikan plug tahan panas, dan disyorkan 15amp. Pastikan litar tidak berkongsi dengan alatan lain kerana mungkin boleh menyebabkan “trip”. Gunakan wayar copper yg tebal utk mengelakkan penebat cair atau terbakar; lagi tebal dari wayar yg digunakan pada plug extension atau air cond.

Pastikan anda ada cukup air utk mengelakkan takungan kering. Jika kering boleh menyebabkan kebakaran.

Kalau nak mencuba, boleh gunakan maklumat diatas utk mengangarkan jumlah air, kos, masa dan tenaga yg nak digunakan. Jadi jika dilihat pada kos elektrik nampaknya sangat-sangat menjimatkan.

Ini hanya skala kecil, jadi utk skala besar, kuasa dan sais heating element perlu ditingkatkan mungkin kepada 4000 watt dan takungkan air yg lebih besar. Ini bergantung kepada keperluan anda. 

Selamat mencuba.