Benih Cendawan – Cubaan Pertama Gagal
Saturday, August 16th, 2008Setelah dibiarkan selama beberapa hari, ini hasilnya. 3 dish ni yg paling teruk. Manakala beberapa tray lain masilum mcm tak gerak atau dah kena makan ngan spesis lain. Semuanya kami buang.
Dan dengan ini juga, dapatlah sedikit sebanyak kami simpulkan bahawa adalah penting seseorang pengusaha cendawan mendalami ilmu membuat benih. Kerana konsep pembuatan dan penjagaan bongkah adalah sama sahaja dengan pembuatan benih, hanya kaedah dan medium sahaja berlainan.
Persamaan diantara membuat benih dan bongkah adalah kebersihan dan mengurangkan pencemaran seminima mungkin.
Jika dibandingkan dengan membuat bongkah, membuat benih ini adalah lebih sukar. Jika kita berjaya menguasai membuat benih, insyaallah apa ilmu yg kita timba sangat-sangat berguna semasa pembuatan bongkah.
Saya minta maaf kerana tidak dapat menjelaskan dengan lebih lanjut pembuatan benih ini. Seperti yg saya janjikan, bila sudah berjaya, sudah dapat memetik hasil yg pertama, insyaallah saya akan dokumenkan semuanya disini.
Sekarang ini kami tgh post mortem penyediaan agar kami. Agar yg kami buat malam ini akan kami biarkan beberapa hari. Jika tercemar kami akan perbaiki langkah ini dulu sebelum pergi ke langkah seterusnya.
Beberapa gambar dish yg rosak












