Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘Kursus’

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 18th, 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul tak update blog ni. Ada nak dekat 6 bulan. Ada yg ingat kami dah tutup kedai. Alhamdullilah kami masih lagi giat beroperasi. Bulan-bulan lepas ni keadaan sangat sibuk, dengan menyambut baby baru, sibuk buat bongkah untuk musim depan dan tgh menyesuaikan diri dengan kerja baru shift 12 jam. Banyak juga aktiviti dan gambar-gambar MAM yg tak dapat saya siarkan.

Disini bagi pihak Cendawan 915, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan memohom maaf jika ada salah dan silap daripada kami.

Dan sedikit update dari kami, alhamdullilah buat masa ini pengeluaran cendawan segar kini mencicah 30kg sehari. Dah permintaan tidak putus-putus. Itu namanya rezeki Allah, bila tambah pengeluaran tetap tidak cukup untuk memenuhi permintaan.

Selain itu kursus penanaman cendawan akan bersambung bulan October. Tarikah akan disiarkan dalam blong ini dalam minggu ini. Silibus kursus juga ada perubahan. Kami telah pendekkan masa kursus kepada 4 jam sahaja dan yuran kursus akan dikurangkan.

Dan bulan 10 ini juga, kami akan giat menjual bongkah berbenih pada harga baru iaitu RM0.90 satu bongkah. Lebih 10,000 bongkah pada harga RM0.80. Berita penuh akan disiarkan dalam minggu ini.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu – April

Monday, April 19th, 2010

Tarikh Kursus Pada Bulan April 2010

25 April 2010 (Ahad)

Lokasi : Ladang Cendawan 915 di Kg Pandan, Klang. (Berdekatan Masjis Sultan Sulaiman, Istana)
Masa : 9am – 5pm
Yuran :
RM200 seorang. RM180 jika ada bawa pasangan atau rakan.

Kursus :
-Lawatan tapak projek
- 70% praktikal
- Teknik dan rahsia penanaman, penjagaan
- Makan dan minum disediakan
- Nota akan diberikan
- Perserta akan menerima kit penanaman cendawan
- Sijil akan diberikan

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Amree (012-3041425)

brochure kursus april

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter