Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘khasiat cendawan’

UV Light Tingkatkan Khasiat Cendawan ?

Monday, August 11th, 2008

Terjumpa artikel ini sebentar tadi dan menarik perhatian saya. Apa yang saya tertarik adalah dalam pengunaan UV light. UV light ni ada beberapa jenis, kebaikan dan keburukan. Dalam artikel ini gagal utk menyatakan jeni UV light yg digunakan. Jadi saya andaikan ianya adalah UV-A, iaitu kekuatan UV light yg sama seperti yg kita terima bila berjemur dibawah matahari dan ianya selamat.

Jadi terdetik idea utk mengunakan UV-C atau Germicidal UV dalam bangsal cendawan. UV-C ini biasa digunakan dimakmal dan loji pemprosesan air utk membunuh bakteria. Kalau dirumah kini ada UV filter utk membersihkan udara. Saya pernah terbaca artikel pengusaha cendawan diluar negara mengunakan UV-C ini utk mengawal atau membunuh kulat hijau. Ia mengawal dengan mengubah DNA organisma, sama ada ianya terus mati atau tidak boleh membiak.

Tetapi yg merisaukan saya adalah side effect pengunaan UV-C. Kalau manusia terdedah terlalu lama boleh mendapat kanser kulit. Tetapi ini boleh diatasi dengan mengaktifkannya bila tiada manusia berdekatan, seperti pukul 3 pagi. Bagaimana pula dengan cendawan yg terdedah ? takut jadi cendawan mutant.

Jika ada sesiapa yg pernah mengaplikasi UV-C dalam bangsal cendawan, sila kongsi pengalaman anda.

Click link dibawah utk membaca artikelnya

Klik disini untuk membaca sambungan post ini »

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter