“Diserang” Spora Cendawan
Wednesday, February 11th, 2009Kita biasa lihat dan dengar ditempat kerja dimana pekerja-pekerja dimestikan mengutamakan keselamatan, wajib memakai sut atau peralatan keselamatan. Dan juga ada yg merekod kadar kemalagan sebagai prestasi bekerja.
Bagaimana pula dengan industri penanaman cendawan ? Sudah tentu perlu diutamakan seperti mengendalikan mesin bancuhan, begging dan sebagainya. Tapi ini sesuatu yg biasa kita nampak, lihat dan pegang. Dan juga umumnya semua ini adalah “common sense”
Bagi pengusaha cendawan ada lagi satu perkara keselamatan yg kerap kita lupa, kita tahu akan kehadirannya tapi lupa atau tidak tahu akan bahayanya. Iaitu pencemaran udara.
Ini bukan pencemaran asap atau bahan kimia, tetapi pencemaran dari spora-spora cendawan.Cendawan tiram kelabu memang boleh dimakan, tetapi menghidu sporanya boleh membahayakan kesihatan terutamanya mereka yg menghidap asma, allergi atau resdung.
Insiden ini pernah berlaku pada saya beberapa kali dan semalam yg paling teruk. Semasa sedang sibuk memetik cendawan malam tadi, tiba-tiba cermin mata jadi kelabu (mcm terkondensasi bila berada dari tempat sejuk ke panas). Dan serta merta terasa sakit tekak dan hidung mula berair. Bila dilap cermin mata, tiada kesan air. Baru terdetik di fikiran saya bahawa ini adalah spora cendawan.
Bila disuluh dengan lampu putih, baru lah saya perasan bahawa kawasan saya berada tadi penuh dengan spora cendawan dan dah kelihatan seperti asap, berkepul-kepul naik ke atas.
Kesan sakit tekak dan selsema masih lagi ada hingga petang ini.
Jadi dinasihatkan agar mengamalkan langkah-langkah kesihatan utk mengelakkan penyakit yg tidak diingini. Tidak terhad pada cendawan, semasa proses membacuh dan membuat bongkah disyorkan memakai mask muka.
Kepada mereka yg hendak menceburkan diri dalam industri cendawan dan menghidapi sakit dengan sistem respirasi atau allergi, ini satu perkara utk dipertimbangkan.






