Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘hama’

Hama Di Kesan ! Hama Di Kesan !

Friday, November 7th, 2008

Ni pulak kami jumpa pagi ni semasa tgh buka cap peram utk mengorek benih dari bongkah-bongkah matang. Satu bongkah dijumpai ada serangga-serangga halus ini. Mengikut ciri-ciri yg selalu dibincangkan, warna putih lutsinar, halus dan dtg dalam kuantiti yg banyak, saya rasa memang ini adalah hama.

Klik link dibawah utk lihat video.

Klik disini untuk membaca sambungan post ini »

Argh ! Bangsal Kami Kosong !

Monday, August 11th, 2008

Jangan cemas, bukan kena curi tapi kami kosongkan tadi utk jalankan operasi pembersihan. Operasi ini bukan kecil-kecilan, ia memaksa kami berenti meniaga utk 2-4 minggu. Memang satu keputusan yg agak sukar pada mulanya, tapi sesuatu perlu dilakukan utk mengawal serangan hama dan kumbang hitam. Dua tiga menjak ini, hasil yg keluar terlalu banyak yang rosak.

Selain itu bangsal peram kami akan siap dalam masa 2 minggu lagi, jadi kami tidak mahu mengambil risiko memindahkan beg peram kami yg terkena hama dalam bangsal baru. Kemudian kumbang hitam dan lalat buat semakin melarat, ada satu bahagian rak tu sudah macam tong sampah, berterbangan lalat-lalat.

Hampir 1,000 bongkah dibuang pagi tadi, berat mata memandang, berat lagi bahu menolak kereta sorong.

Tapi kami lihat ini sebagai satu perkara positif, satu pengajaran berguna buat kami. Bahawa KEBERSIHAN DAN KETELITIAN MEMAINKAN PERANAN PENTING dalam perusahaan cendawan ini. Kami terima sebagai satu “kursus cendawan yg agak mahal”.

Kami akan siarkan sedikit sebanyak post mortem kami dalam post akan datang utk manafaat pengusaha baru.

Click link dibawah utk melihat beberapa gambar beg yg rosak

Klik disini untuk membaca sambungan post ini »