Lawatan Ke Citra Mushroom
Wednesday, July 30th, 2008Semalam berkesempatan pula melawat Citra Mushroom di Kg Perepat, Kapar, Klang. Kami pergi untuk membeli benih cendawan. Berpusing-pusing juga nak mencari tempatnya.
Tapi tiada rezeki kerana tidak dapat bertemu “taukeh” nya, Zul dan Khalid. Tapi alhamdullilah dapat juga melihat disekitar kawasan operasi mereka.


Bangsal cendawan Citra Mushroom

Steamer batu mereka menarik perhatian kami. Macam penjara mini. Ini memang masuk dalam list “upgrade” kami.

Mereka mengunakan tutup botol air mineral sebagai stopper.

Bilik peram, ringkas.

Ada kelas. Bongkah yg hendak dijual disusun didalam kotak.



