Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘buat benih cendawan’

Benih Cendawan – Tisu Kultur yg Pertama

Friday, August 8th, 2008

Tanpa melengahkan masa, dapat jugak pagi semalam kami hasilkan 10 dish. Tunggang terbalik gak jadi nye sebab pertama kali buat micro biology. Pada awalnya 10 sampel rosak sebab salah handling, harap-harap 10 sampel seterusnya ni ada membuahkan hasil. Kami jangkakan, percubaan pertama ini peluang utk dapat dish yg berjaya tipis :D

Bila dah berjaya nanti, kami akan kongsi cara-cara pembuatannya mengunakan perkakasan didapur. Yang paling canggih kami gunakan ialah petri dish sebab kami tidak dapat cari botol-botol kaca yg sesuai.

Ada kondensasi, agar mungkin terlalu panas masa kami tuang. Ada orang mengatakan ianya takda masalah. Kena suluh lampu baru nampak sampel tisu cendawan.

Clean room takde, clean drawer pon boleh :D Semua dish kami bungkus ngan plastic wrapper makanan,

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Home Made Autoclave

Friday, August 1st, 2008

Hari ini pula pesanan dari US tiba. Kami telah memesan sebuah pressure cooker yg telah digunakan dari eBay. Kami dapat dengan harga yg sangat murah, iaitu RM110.00 shj. Berbanding di Malaysia ini yg harganya 5-10 kali lebih tinggi.

Sebab lain kami beli dari US adalah kerana kami memerlukan sebuah pressure cooker yang boleh mencapai tekanan 15psi (1bar), tekanan yg digunakan utk mengsteril dalam pembuatan benih.

Di US, tekanan standard sebuah pressure cooker adalah 15psi. Berbanding di M’sia, pressure cooker yg dijual terdapat pelbagai variasi tekanan, dari 5 – 15 psi. Pressure cooker yg murah agak sukar utk mengetahui tekanan yg boleh digunakan, kadang-kala tidak dinyatakan didalam manual. Manakala yg confirm boleh mencapai 15psi, harganya pula boleh mencecah RM600 – RM900.

Insyaallah uji kami utk membuat benih akan bermula minggu depan. Masih lagi dalam proses mencari petri dish.

Pemberat boleh laras, 5, 10 dan 15 PSI.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter