Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Posts Tagged ‘bongkah’

Supplement Bongkah Cendawan

Wednesday, January 21st, 2009

Kami merancang untuk menambah supplement dalam bongkah cendawan kami. Jadi bulan lepas kami buat sedikit cubaan mengunakan 3 jenis supplement yg popular dikalangan pengusaha. Kami agak terkejut dengan keputusan yg kami dapat. Ketiga-tiganya supplement ini membuat pertumbuhan mycelium sangat perlahan. Jika mengikut testimonial pengeluar, ianya boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan. Tiada masalah penyakit buat masa ini.

Dalam ujikaji ini, setiap bongkah mengandungi jumlah habuk kayu, dedak, kapur dan air yg sama. Semua beg mengunakan bancuhan standard, 100:10:1. Manakala beg X,Y dan Z di letak dengan supplement seperti yg disyorkan oleh pengeluar. Semua beg disuntik dari botol benih yg sama. Kesemua bongkah disuntik pada 29/12/2008.

Ini adalah keputusan awal 3 sampel kami. Selepas ini kami akan perhatikan hasil tuaianya pula. Maklumat pengeluar/pengedar supplement ini kami rahsiakan.

Sampel pertama

Sampel kedua

Sampel ketiga

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Selamat Hari Raya

Thursday, October 9th, 2008

On behalf Cendawan915, saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Jika ada tersalah kata, tersalah laku kami susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.

Ramadhan telah berlalu, raya pon dah sudah, kini tiba masanya utk “full force” balik. Untuk meng”qada’” kan masa-masa yg terbuang semasa bulan Ramadhan dulu. Sekarang tgh sibuk memindahkan operasi ke bangsal baru dan sambung membuat bongkah.

Semasa tgh mengemas tadi, kami jumpa bongkah ini. Yg dah kukus tapi belum disuntik. Bongkah ini dah terbiar lebih 2 minggu. Nampaknya ada “benda” lain yg hidup.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter