Selamat Hari Raya Aidilfitri
Saturday, September 18th, 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul tak update blog ni. Ada nak dekat 6 bulan. Ada yg ingat kami dah tutup kedai. Alhamdullilah kami masih lagi giat beroperasi. Bulan-bulan lepas ni keadaan sangat sibuk, dengan menyambut baby baru, sibuk buat bongkah untuk musim depan dan tgh menyesuaikan diri dengan kerja baru shift 12 jam. Banyak juga aktiviti dan gambar-gambar MAM yg tak dapat saya siarkan.
Disini bagi pihak Cendawan 915, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan memohom maaf jika ada salah dan silap daripada kami.
Dan sedikit update dari kami, alhamdullilah buat masa ini pengeluaran cendawan segar kini mencicah 30kg sehari. Dah permintaan tidak putus-putus. Itu namanya rezeki Allah, bila tambah pengeluaran tetap tidak cukup untuk memenuhi permintaan.
Selain itu kursus penanaman cendawan akan bersambung bulan October. Tarikah akan disiarkan dalam blong ini dalam minggu ini. Silibus kursus juga ada perubahan. Kami telah pendekkan masa kursus kepada 4 jam sahaja dan yuran kursus akan dikurangkan.
Dan bulan 10 ini juga, kami akan giat menjual bongkah berbenih pada harga baru iaitu RM0.90 satu bongkah. Lebih 10,000 bongkah pada harga RM0.80. Berita penuh akan disiarkan dalam minggu ini.






