Supplement Bongkah Cendawan
Wednesday, January 21st, 2009Kami merancang untuk menambah supplement dalam bongkah cendawan kami. Jadi bulan lepas kami buat sedikit cubaan mengunakan 3 jenis supplement yg popular dikalangan pengusaha. Kami agak terkejut dengan keputusan yg kami dapat. Ketiga-tiganya supplement ini membuat pertumbuhan mycelium sangat perlahan. Jika mengikut testimonial pengeluar, ianya boleh membantu mempercepatkan pertumbuhan. Tiada masalah penyakit buat masa ini.
Dalam ujikaji ini, setiap bongkah mengandungi jumlah habuk kayu, dedak, kapur dan air yg sama. Semua beg mengunakan bancuhan standard, 100:10:1. Manakala beg X,Y dan Z di letak dengan supplement seperti yg disyorkan oleh pengeluar. Semua beg disuntik dari botol benih yg sama. Kesemua bongkah disuntik pada 29/12/2008.
Ini adalah keputusan awal 3 sampel kami. Selepas ini kami akan perhatikan hasil tuaianya pula. Maklumat pengeluar/pengedar supplement ini kami rahsiakan.
Sampel pertama

Sampel kedua

Sampel ketiga









