Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Q&A Berkenaan Water Mist

Kebelakangan ini kami kerap mendapat pertanyaan mengenai penyejukan bangsal cendawan dan cenderung kepada pengunaan water mist. Jadi disini saya ingin senaraikan beberapa soalan lazin dan jawapan dari kami.

Sila ambil perhatian, bahawa apa yg ditulis disini adalah berdasarkan pada pemerhatian dan pandangan kami. Saya yakin ramai yg mempunyai pandangan dan cara applikasi yang berbeza, jadi sila gunakan budi bicara anda utk mempertimbangkan apa yg terbaik utk situasi dan keadaan anda.

Jika terdapat soalan lain, sila ajukan. Jika terdapat cadangan sila utarakan.

Q: Bolehkan kita gunakan air dalam bentuk siraman atau mist utk menyejukan bangsal cendawal ?

A: Boleh. Cara applikasi mesti betul utk memaksimakan penyejukan. Dan harus dipertimbang kan mengenai masalah-masalah yg berkaitan dengan cuaca dan kelembapan seperti serangan perosak.

Kami syorkan siraman dibuat diluar bangsal. Ini utk memastikan kitaran hidup cendawan tidak terganggu.

Q: Maksud Kitaran Hidup Cendawan ?

A: Secara ringkas, utk cendawan membiak dengan sihat, ia memerlukan persekitaran yg boleh di ditakluki (colonize). Ini bermaksud, utk cendawan menguasai satu kawasan (bongkah) tanpa masalah dan cepat, kadar saingan utk merebut nutrient dan makan mesti di tahap minima. Bila saingan kurang, maka lebih mudah utk ianya membiak. Saingan yg kami maksudkan adalah bakteria-bakteria “jahat”, kulat spora atau virus penyakit. Dan saingan ini terdapat dimana-mana, didalam udara yg kira hirup, didalam air, didalam makanan, dimana-mana sahaja.

Jadi bila kita hendak gunakan siraman air atau water mist didalam bangsal, kita menambahkah atau mendedahkan saingan dalam bentuk air kepada bongkah dan cendawan. Kita perlu ambil kira kemungkinan yg boleh terjadi.

Q: Kalau begitu, mengapa bongkah kita dedahkan pada udara tidak membawa penyakit ?

A: Jawapanya air. Udara sahaja tidak cukup utk membiak organisma. Udara sebagai agen pengangkut dan pembekal gas oksigen. Manakala air adalah medium pembiakkan dan membawa zat-zat asas seperti nitrogen, phosporus dan kalsium.

Q: Jadi penggunaan apa bentuk siraman air tidak boleh kerana ada kemungkinan membawa penyakit ?

A: Boleh, cuma cara applikasi perlu betul. Apa yg dibicangkan sebelum ini adalah perkara asas yg perlu dipertimbangkan sebelum kita mencari penyelesaian.

Jadi melihat pada perbincangan diatas, pd pendapat kami adalah tidak sesuai memasang mist didalam bangsal. Kerana mist yg dihasilkan sangat halus, sangat halus sehingga boleh dibawa angin. Dan kuantiti yg dihasilkan sangat banyak. Kebarangkalian utk ianya masuk kedalam mulut bongkah adalah tinggi; kebarangkalian dijangkiti penyakit meningkat.

Dari pemerhatian kami, dengan membasahkan beg cendawan, kadar dijangkiti penyakit meningkat. Dan kadar serangga seperti semut, kumbang hitam meningkat.

Q: Bagaimana pula dengan menyiram badan bongkah cendawan ?

A: Boleh kalau anda boleh pastikan air nya tidak masuk kedalam mulut bongkah dan air nya bebas dari pencemaran.

Pada pendapat kami, saya syorkan tidak membasahkan bongkah kerana kita tidak boleh pastikan ianya tidak masuk kedalam mulut bongkah dan air bersih dari pencemaran.

Q: Jadi apa yang saudara aplikasikan ?

A:Kami telah cuba menyiram beg, siraman mist halus, kasar, pasang didalam dan diluar. Kesimpulannya kami pilih mist kasar, dipasang diluar, kosnya murah dan boleh diautomasikan.

Kami tidak pilih mist halus kerana kosnya agak tinggi. Terdapat 2 jenis mist halus, high pressure dan low pressure. Jgn gunakan low pressure kerana mist yg dihasilkan tidak banyak;penyejukkan tidak effektif. Ini yg kami gunakan sebelum ini. High pressure mist pula memerlukan pump yg kuat, yg boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 60psi tekanan, dan kos pump dan piping agak mahal.

Q: Jadi bagaimana mist kasar ini dipasang ?

A: Maksud kasar adalah sais titisan air nya lebih besar dari mist halus. Kerana ianya besar kami gunakan mist tersebut utk membasahkan permukaan netting hitam disekeliling bangsal. Muncung nozzle mist di”tembak” menghala ke dinding bangsal. Jarak antara semburan dan net kena tepat utk mengelakkan air masuk kedalam bangsal dan membasahkan bongkah.

Q: Jadi sebenarnya mist digunakan utk membasahkan net bangsal ?

A: Betul. Titisan air halus yg dihasilkan juga akan menyejukan kawasan luar bangsal, dalam jarak 1 atau 2 kaki, seperti satu dinding. Apabila angin bertiup ia akan membawab udara sejuk masuk kedalam bangsal.

Q: Kalau begitu tidak perlu ada mist. Saya boleh pump air dan lalukan paip di sekeliling net bangsal.

A: Ya betul. Anda boleh buat begitu. Tetapi kami gunakan mist kerana luas permukaan yg boleh dicapai. Bukaan semburan mengunakan nozzle mist luas. Kemudian titisan halus mist akan menyejukan udara disekelining bangsal.

Kemudian adalah faktor kos pengunaan air. Kerana kawasan siraman adalah luas, jumlah pengunaan air dapat dikurangkan.

Q: Apa komponen mist kasar ?

A: Mist kasar ini biasa digunakan didalam rumah-rumah hijau utk menyejukan tanaman. Mist dihasilkan melalui satu nozzle semburan. Kosnya murah kerana kita boleh mungunakan paip poli, pump perigi dan penyambung poli yg boleh didapati dengan mudah di kedai hardware atau kedai pertanian.

Q: Apa anggaran kosnya ?

A: Utk bangsal 20×20 lebih kurang RM200 shj. Ini termasuk pam perigi.

Q: Bagaimana dengan membasahkan atap ?

A:Kami pernah buat kajian; duduk didalam bangsal 4 jam memantau bagaimana suhu persekitaran luar mempengaruhi suhu didalam bangsal. Suhu kawalan semasa kajian ini adalah pada 34 darjah celcius.

Kesimpulan yg kami dapati, membasahkan net hanya salah satu cara menurunkan suhu. Dibangsal kami dapat menurunkan lebih kurang 2 darjah celcius.

Cara kedua yg sangat efektif adalah dengan membasahkan bumbung bangsal; sprinkler atau siramam. Ini sahaja dapat menurunkan 4-5 darjah celcius.

Cara yg ketiga utk memcepatkan lagi penurunan suhu adalah dengan mengunakan kipas dinding yg diletakkan tinggi diatas rak bongkah utk mempercepatkan aliran udara.

Tempoh masa penurunan suhu ini dalam masa 15 minit. Tetapi dalam masa 15 minit juga masa diambil untuk meningkatkan suhu sebanyak 2-3 darjah celcius. Sebab itu kami siram dengan kerap.

Q: Berapa lama tempoh siraman ?

A: Ini bergantung pada keadaan tempat masing-masing. Kalau suhunya tinggi, maka lebih lama masa diperlukan utk menurunkan suhu. Suhu ditempat kami boleh mencecah 37 darjah celcius. Kami siram net 10 minit setiap jam, manakala sprinkler setiap 15 min selama 15 min, bermula dari pukul 10 hingga 6 petang.

Q: Banyak juga pengunaan air.

A: Dalam kes kami, sprinkler memang mengunakan banyak air kerana kerap digunakan. Tetapi ini kami atasi dengan mengitar semula air siraman. Pasang “gutter” dan tadah didalam tangki.

Q: Kalau sembur hanya 15 min pd waktu tgh hari boleh ?

A: Seperti yg saya nyatakan sebelum ini, kita kena tahu kadar peningkatan dan penurunan suhu didalam bangsal. Dalam kes kami suhu boleh turun dalam masa 15 min dan naik dalam masa 15 min.

Semua ini bergantung pada tempat masing-masing. Faktor seperti bumbung, teduhan di sekitar bangsal, aliran udara akan mempengaruhi tempoh siraman.

Saya sangat syorkan dapatkan thermometer/hygrometer sebelum anda pasang sistem mist.

Q: Perlu ke thermometer/hygrometer ?

A: Ya, satu alat yg perlu ada didalam bangsal. Alat ini sepatutnya ada sebelum anda pasang apa-apa sistem penyejukan. Kita kena tahu keadaan bangsal sebelum membuat keputusan. Ini membolehkan kira merancang dengan lebih baik. Saya syorkan dapatkan satu unit thermometer/hygrometer dahulu. Kalau tidak keputusan kita seperti tembak membabi buta.

Q: Berapa suhu yg saudara dapat capai ?

A: Pada hari-hari biasa dimana suhu diluar disekitar 35 darjah celcius, kami dapat mengawal suhu dalam bangsal disekitar 29-30 darjah celcius dengan kelembapan 70% – 80% .

Q: Ada perkara-perkara lain yg patut ditimbangkan ?

A: Ya, mist hanya salah satu cara penyelesaian. Kita juga kena lihat pilihan-pilihan yg lain seperti binaan bangsal kita, pengunaan material yg menyerap/membuang haba, lokasi bangsal atau menanam pokok. Kadangkala ada penyelesaian yg lagi mudah dan murah.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Tags: , , , , ,

6 Komen untuk kiriman “Q&A Berkenaan Water Mist”

  1. Cendawan915 » Blog Archive » Siraman automatik Says:

    [...] Update 27/2/2008 : Kami tidak lagi mengunakan kaedah siraman. Sila rujuk http://saekar.com/cendawan915/qa-berkenaan-water-mist/ [...]

  2. Cendawan915 » Blog Archive » Lagi Satu Cabaran Baru Says:

    [...] Update 27/2/2008 : Kami tidak lagi mengunakan kaedah siraman. Sila rujuk http://saekar.com/cendawan915/qa-berkenaan-water-mist/ [...]

  3. rose Says:

    assalammualaikum.

    saya baru nak cemburi tanaman cedawan didlm bagunan.
    besar bagunan Saiz bagunan : 22×75 ( berapa rak boleh masuk dan jarak penyusunan )
    Saiz rak serta ketinggian:
    Rak cendawan : berapa boleh masukkankan bongkah cendawan.
    Kayu terpakai : dimanakah mendapatkan stok/ mengunakan rak besi
    cadangan saya nak masukkan 3000 bongkah/4000 bongkah.
    cadangan rak : besi 1×1 saiz 4lebar x 4 saiz ketinggian.
    cadangan kedai : kajang utama
    sistem siraman – water miss ( berapa harga dimana blh saya beli )

    012-3139897

  4. woksaja Says:

    saya dpt hidupkan balik bongkah yang telah disuntik tapi rosak dan mjadi warna hitam. jgn dibuang, dgn sentuhan tapak tangan anda shj. Percayalah

  5. Ayim Says:

    apa pandangan saudara mengenai rak yg diperbuat daripada besi? apakah implikasinya?
    contohnya, bagaimana jika besi itu berkarat?

    ini kerana saya lihat ada yg mula membuat rak menggunakan besi sekarang.

  6. Adib Wasit Says:

    Asslammualaikum Cendawan915

    Apa pandangan anda berkenaan siraman ke lantai bangsal ? Adakah ia dapat membantu menurunkan suhu dan menambahkan kelembapan di dalam bangsal ? Untuk informasi, saya baru mahu menceburi tanaman cendawan. Bangsal bersaiz 20 x 20 kaki sedang dalam pembinaan. Lokasi bangsal adalah di belakang rumah. Keluasan tanah dibelakang rumah saya di anggarkan boleh memuatkan sebanyak 4 buah bangsal bersaiz 20 x 20 kaki. Saya harap pihak Cendawan915 dapat memberi sedikit pandangan atau nasihat yang boleh saya guna pakai dalam penanaman cendawan di tempat saya.

    Info lokasi;

    Nama : Muhammad Adib
    Alamat : Lot 2974, Lorong 1, Kampung Sungai Lang Baru, 42700 Banting, Selangor.
    Hp : +601112065687 / +60173755687
    Email : azhar_9w2nsw@hotmail.com

Tingalkan Komen Anda