Perlukah Ada Blog ?
Saya ada beberapa kali dapat persoalan tersebut. Jawapan saya pada mereka adalah YA ! Bukan sebab ianya trend terkini, tapi sebab ianya mudah, murah (percuma) dan impactnya besar. Di Malaysia, saya perhatikan dalam industri agriculture, pengusaha cendawan lah yg paling aktif blogging.
Jika kita lihat industri agriculture di Malaysia, Internet telah banyak merubah corak indutri ini. Ianya telah banyak membuka minda kita utk mendekati and mengembangkan industri ini. Kini ianya diceburi oleh pelbagai peringkat masyarakat. Dari mereka yg tiada pendidikan tinggi sehingga ke professional yg menjawat jawatan tinggi di syarikat multinasional. Akses internet kini mudah dan kepada mereka yg bekerja dipejabat kebanyakkannya mengakses Internet setiap hari.
Antara kelebihan ialah
1. Maklumat segera – maklumat mengenai produk dan servis. Org zaman sekarang ni tak ada masa utk bukak yellow pages, telefon utk mendapat maklumat. Sesiapa yg dapat memberikan maklumat dengan segara akan berapa beberapa langkah dihadapan. Di Internet maklumat bukan saya boleh dibaca tapi dapat melihat gambar atau videonya. Dalam contoh industri cendawan, pengusaha kini mudah utk mencari bahan mentah dan peluang-peluang perniagaan.
2. Ada interaksi antara pengedali blog dan pelawat – Bisnes menjadi lebih interaktif. Pelawat dan pengendali blog boleh mengadakan diskusi tanpa perlu secara fizikal turun ke kedai mamak. Dan diskusi ini boleh disertai oleh sesiapa saja.
3. Mengukuhkan network - Blogging ini secara umum adalah nukilan dan pendapat peribadi pengendali blog. Jadi terdapat rasa “attachment” antara pembaca dgn pengendali. Sebagai contoh adalah perjumpaan GCM minggu lepas. Majoriti pengusaha tidak pernah bertemu. Semuanya mengenali melalui blog. Tetapi suasana pada hari tersebut seperti telah biasa berjumpa. Si A tau projek si B, si C tau masalah si D, si E ada maklumat memgenai produk F dan promote ke si D utk selesaikan masalanya. Secara tidak langsung kita telah mencipta satu relationship tanpa kita ketahui.
Jadi kenapa blog ? Utk menjawab soalan ini kita jelas dengan konsepnya. Blog adalah sebuah platform atau rangka utk seseorang individu ada ruang di Internet. Ianya popular kerana boleh dilanggan dengan percuma dan tidak lagi perlu mengeluarkan wang utk mengupah web designer utk membuat website syarikat kita. Ianya juga mudah digunakan. Sesiapa yg tiada pengalaman boleh mula blogging dalam masa 10 min sahaja.
Saya ulang lagi sekali “Blog adalah sebuah platform atau rangka ..”.
Oleh itu dengan adanya sesebuah blog tidak boleh menjamin hasilnya. Utk sebuah blog yg berdaya saing, isi kandungan blog itu mesti berkualiti. Blog adalah “rangka” nya. Nyawanya adalah penulisan pengendali blog. Saya rujuk point no 1 diatas. Sesebuah blog yg berdaya saing dan menarik pelawat adalah blog yg menyediakan maklumat yg tepat, berguna, segera dan mudah difahami. Org sekarang nak kerja senang.
Dan utk menyampaikan maklumat tepat, berguna, segera dan mudah difahami memerlukan sedikit pengetahuan. Dan utk mengukuhkan lagi maklumat itu, ianya lebih baik jika dapat disertakan dengan gambar, rujukan, carta dsb.
Pengunaan bahasa juga penting, terutamanya bila ianya didalam bentuk teks. Pemilihan perkataan, paragraph, tanda seruan, huruf besar atau kecil memainkan peranan penting. Teks tiada emosi. Salah faham mudah berlaku jika susunan ayat nya tidak jelas. Jadi jika anda hendak mula blogging, saya syorkan anda cari maklumat sedikit sebanyak etika penulisan di Internet. Saya pernah baca banyak kali dimana beberapa pihak bergaduh kerana satu pihak menulis semua nya didalam HURUF BESAR. Utk mereka yg tidak tahu, pengunaan HURUF BESAR dalam seluruh ayat melambangkan anda MENJERIT !. Jadi ini adalah PENTING supaya anda tidak menyinggun pembaca anda.
Saya nak ulang lagi sekali “Blog adalah sebuah platform atau rangka ..” dan rujuk pada diskusi 3 perenggan diatas. Ini bermakna bukan semestinya anda mesti ada sebuah blog, anda ada web satu muka surat pon tidak mengapa, yg penting adalah mesej yg hendak disampaikan. MESEJ ITU PENTING.
Saya harap ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yg didalam dilema. Ini bukan satu kemestian tapi satu advantage dan investment yg memerlukan kos yg sangat minima.
Tags: blog cendawan





