Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Pembentangan “Country Paper” ASEAN Mushroom Workshop

P3236180
Semalam telah berlangsungnya satu seminar pembentangan “country paper” dari 9 negara ASEAN berkaitan dengan industri cendawan. Wakil yang hadir adalah dari negara Myanmar, Thailand, Malaysia, Laos, Kemboja, Vietnam dan Brunei. Singapura tidak hadir pada workshop ini. Terima kasih kepada jawatankuasa Mushroom Association Malaysia, dapat menjemput 30 ahli untuk memeriahkan lagi suasana.

Workshop ini berlansung selama dua minggu. Sesi semalam adalah antara cebisan dari workshop tersebut. Latar belakang wakil setiap negara saya tidak pasti, kalau tidak silap saya mereka adalah dari agensi-agensi kerajaan dan koperasi.

P3236174

Setiap wakil membentangkan situasi industri cendawan di negara masing-masing seperti cara penyediaan media, penjagaan, pemasaran dan masalah-masalah berkaitan. Apa yang saya dapat rumuskan selain Malaysia dan Thailand, teknik penanaman cendawan di negera mereka agak ketinggalan. Ada masih lagi mengunakan tali rafia sebagai penutup, sukar mendapatkan fasiliti dan mempunyai masalah mendapatkan bahan mentah seperti benih cendawan. Selain itu pasaran untuk produk hiliran cendawan tiada atau sangat-sangat terhad.

Antara keluhan yang mereka sampaikan, mereka sangat-sangat perlukan khidmat nasihat dan bantuan pakar dari luar. Ada yang mencari syarikat-syarikat persendirian untuk bekerjasama dengan agensi atau pengusaha di negara mereka. Kepada mereka yang berminat, ini adalah peluang untuk meluaskan sayap ke luar negara. Maklumat lanjut seperti contact mereka boleh didapati semasa AGM MAM nanti.

Selain itu, salah sorang ahli persatuan menyuarakan kebimbangan kebanjiran cendawan dari Thailand yg memberikan impak harga dipasaran tempatan. Beliau mencadangkan agar langkah-langkah diambil utk mengawal harga pasaran.

Tidak banyak gambar dapat diambil kerana tidak mahu menganggu perjalanan seminar.

P3236179

Ini adalah statistik yang dibentankan oleh wakil Malaysia. Kita mengimport 24juta tan cendawan pada 2008. Dan trendnya semakin meningkat. Memang permintaan cendawan semakin meningkat !

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Satu Komen untuk kiriman “Pembentangan “Country Paper” ASEAN Mushroom Workshop”

  1. ayne Says:

    the pick-up was in 2006, that’s when we all started right?

Tingalkan Komen Anda