Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami


Kursus Penanaman Cendawan Tiram Kelabu – November

November 18th, 2010

Tarikh Kursus Pada Bulan April 2010

28 November 2010 (Ahad)

Lokasi : Ladang Cendawan 915 di Kg Pandan, Klang. (Berdekatan Masjis Sultan Sulaiman, Istana)
Masa : 9am – 1pm
Yuran :
RM100 seorang.
Kursus :
-Lawatan tapak projek
- Teknik dan rahsia penanaman, penjagaan
- Makan tengah hari disediakan
- Nota akan diberikan
- Sijil akan diberikan

Untuk pendaftaran atau sebarang pertanyaan, sila hubungi Amree (012-3041425)

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Rombongan Pelajar Mikrobiologi UiTM S.Alam

November 18th, 2010

Selamat Menyambut Aidiladha.

Alhamdullilah Isnin baru ini kami telah menerima sebanyak 60 orang pelajar tahun 2 jurusan Mikrobiologi dari UiTM Shah Alam, untuk menjayakan program mereka “A Day With Fungi”. Ini merupakan lawatan terbesar bagi pihak kami.

Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, cuma sedikit masalah logistik kerana 2 bas mereka tidak dapat masuk ke kawasan cendawan kami, jadi mereka terpaksa berjalan kaki sejauh lebih kurang 1km. Namum begitu, itu tidak melemahkan semangat mereka.

1

Seronok dapat bersama sekumpulan yang pelajar yang ghairah untuk mendalami ilmu-ilmu mycology dan selok belok peniagaan. Selama ini mereka belajar didalam lab sahaja dan buku teks, kali ini dapat dalam melihat dalam konteks keadaan dunia sebenar; bagaimana apa yang mereka pelajari amat bernilai dan banyak peluang yang boleh diceburi.

5

Rasa macam lecturer pon ada. :D

3

Seronok buat bongkah, ramai juga yang menawarkan diri untuk menjalani latihan praktikal. Insyallah jika semuanya berjalan mengikut rancangan, besar kemungkinan ada peluang di tahun 2011.

2

Bagus betul mereka ni, habis licin semua makanan. Siap tapau cendawan goreng lagi.

4

Kepada mereka, saya ucapkan terima kasih kerana sudi datang ke ladang kami. Diharap dapatlah sedikit sebanyak bawa balik ilmu pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam pembelajaran nanti. Semoga maju jaya !

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter