Officially Go-Live
Lama tidak update. Memang kurang progress dari bulan April. Memang tidak dinafikan progress Cendawan 915 sangat perlahan kerana menunggu batch pertaman beg cendawan kami matang. Alhamdullilah, semuanya dah matang dengan hanya 5% beg yg rosak.
Alhamdullilah juga semua stake holder dah bersetuju utk memberi komitmen “all-out” bulan ini dan seterusnya.
Sistem siraman automatik sudah dipasang. Alhamdullilah berjalan seperti yg dirancang. Belum berkesempatan utk mengambil gambar, insyaallah saya akan upload besok atau lusa. Buat masa ni masih menunggu “digital timer’ dari Sabak Agro. Insyallah akan tiba minggu ini.
Pelik juga susah nak dapatkan digital timer seperti ini.
Habis round satu area Shah Alam dan Klang. Yg ada yg analog sahaja. Kelebihan timer digital kerana ianya boleh set sehinga “minutes accuracy”, berbanding yg analog setiap 15 minit. 15 minit terlalu lama, boleh banjir rumah cendawan.
Perkembangan lain, semalam batch kedua tiba, sebanyak 500 beg dari Fatisha Agrofarm. Insyallah, akan matang dalam masa sebulan.





