Official Harvest
Hari ni bermulalah cabaran baru, memasarkan hasil cendawan. Pagi tadi secara rasmi bermulalah proses kami mengutip hasil pertama kami. Dapatlah dalam 1kg. Tolak beberapa putik cendawan yg kurang cantik tingallah dalam 800g. Kami bungkus dalam beg 100g mengunakan heat sealer.
Asalnya memang tidak bercadang pun untuk menjual hasil pertama ini kerana kebiasaannya hasil pertama ini kurang cantik. Tapi sebaliknya semua yg keluar “molek-molek” belaka. Serta merta rancangan ditukar, kami nak cuba pasarkan di luar. Terus bergegas pagi tadi membeli hear sealer dengan harga RM65.
Memang pepatah “mencari rezeki kenalah keluar awal pagi” itu benar. Saya keluar pada jam 12 tgh hari. Saya singgah lebih kurang 10 kedai runcit tapi semua menolak kerana mereka sudah ada stok cendawan. Dan ada juga kedai runcit basah yg sudah mula berkemas-kemas.



June 12th, 2008 at 8:07 AM
packing utk jualan tu seeloknya kedap udara supaya tahan lebih lama. caranya senang, sebelum seal, alas pack cdwn dgn towel & tekan dgn tgn. pastu seal abis.
June 12th, 2008 at 9:21 AM
plastik untuk packing boleh dipertingkatkan….
guna plastik packing PP saiz 7×10x0.08mm untuk persembahan packing yang lebih menarik