No Money No Talk ?
Minggu ini kami berpeluang untuk bertemu dengan seorang pakar dalam penyelidikan cendawan. Beliau merupakan seorang yg agak terkenal dalam industri fungi dan telah banyak membantu ramai pengusaha.
Namum begitu, pertemuan yg sepatutnya mengembirakan kami pulang dengan sedikit kehampaan. Namun begitu, kami dapat membawa pulang beberapa maklumat penting yg boleh membantu kami utk “link the broken pieces”.
Kami kecewa kerana beberapa diskusi utama kami tidak mendapat jawapan yg tepat. Jawapan yg diberikan terlalu asas dan ada dalam pengetahuan kami. Dipendekkan cerita, utk mendapat akses ke soalan-soalan ini, kami di sarankan utk menyertai kursus yg dianjurkan oleh pihak tertentu.
Kami agak terkilan kerana kami dicaj dengan harga yg agak mahal utk mendapatkan sedikit bantuan dan maklumat. Kami tidak menyalahkan beliau kerana berbuat demikian, memang itu pilihan beliau, tetapi dari segi etika, kami rasa ianya keterlaluan. Money oriented, senang kata “no money no talk”.
Ini bukan kali pertama. Saya pernah bercakap dengan beberapa pengusaha cendawan tiram lain, ada segelintir yg mengamalkan budaya “kedekut ilmu” ini. Kita sering dengar orang melaungkan kata-kata utk membantu bangsa, kalau budaya “kedekut ilmu” ini berterusan yg senang tetap senang, yg susah tetap susah.
Saya tidak mengatakan pihak-pihak yg menganjurkan kursus-kursus ini “mata duitan”. Mereka tidak salah langsung dalam isu ini. Yang menjadikannya tidak berasas bila akses ke maklumat-maklumat ini dikenakan harga yg tidak munasabah.
Satu contoh dalam industri cendawan ini adalah pembuatan benih tisu kultur. Ini bukan teknologi baru tahun 2008. Teknologi ini dah berusia lebih 100 tahun. Teknologi kini bukan lagi khusus dimakmal yg perlu pakai lab coat, peralatan canggih dan mahal. Sekarang orang boleh buat tisu kultur ini di dapur rumah sahaja mengunakan peralatan yg boleh didapati disekeliling rumah. Tapi kursus-kursus ini berharga lebih RM1,000 ! Pada kami ini tidak berasas.
Sudah tentu, kita mesti kenal org yg mahir atau tanya soalan yg betul. Ni tahun 2008, kita ada Internet. Jika kita tanya En. Google betul-betul, insyallah dia boleh “hidangkan” kita dengan 1001 maklumat.
Berbalik semua kepada pertemuan kami tadi, kami memang sudah ada maklumat lengkap mengenai pembenihan cendawan melalui tisu kultur. Kami ahli eksekutif Cendawan 915 tidak mempunyai latar belakang pertanian atau micro biologi. Kami hanya perlukan bantuan seseorang pakar utk mengesahkan pemahaman kami.
Dari sudut lain, ada kebaikkannya. Dari pemerhatian kami sudah cukup untuk mengesahkan pemahaman kami.
Stay tune pada blog kami. Insyallah dalam masa terdekat ini kami akan siarkan langkah-langkah utk membuat benih cendawan, insyallah mungkin dengan video sekali.
Dari segi duit, perniagaan dan “trade secret”, mungkin ada segelintir yg tidak bersetuju. Just to make things clear, kami tidak kisah kalau nak kenakan caj utk maklumat-maklumat yg boleh menyebabkan persaingan, tapi caj lah dengan harga berpatutan. Jangan ambil kesempatan pada usahawan yg baru hendak berdiri !
Dan satu soalan kepada mereka yg “kedekut ilmu” ini, ada ke sesiapa yg rugi, bisnes lingkup bila kita berkongsi pengetahuan ? Kalau ada tolong berikan contoh. Sila ambil perhatian, ini pasal “information sharing”, bukan pasal “management problem”. Jadi diharap kalau ada yg hendak memberikan contoh, sila bezakan antara dua perkara diatas.
Dan saya juga ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yg tidak lokek ilmu dan telah banyak membantu Cendawan 915.
Dan nasihat saya kepada pengusaha baru, tanya lah En Google betul-betul. Banyak maklumat percuma di Internet.
Tags: benih cendawan, kedekut ilmu, tissue culture, tisu kultur





July 15th, 2008 at 1:39 PM
Sila lawati web ini berhubung dengan maklumat Cendawan & Tisu Kultur :
http://www.fao.org/docrep/004/AB497E/ab497e07.htm
July 15th, 2008 at 4:23 PM
Terima kasih Syed. Sangat berguna. Saya add linknye di blog saya.
July 20th, 2008 at 3:37 PM
dlm blog saya ada maklumat complete ttg tisu kultur cendawan. cuma praktikal je takleh nk ditulis.. ye la, camne nk tulis benda praktikal kan
June 18th, 2009 at 9:24 AM
betul…
saya juga hadir satu kononnya kursus tapi banyak pertanyaan tak dapat dijawab.
misalnya,apa sbb bongkah jadi hijau?
kenapa ada infection?
semuanya dijawab,” tak pasti la!”
tapi dia caj tinggi spt pro la.
lepas balik,google lagi byk maklumat dpt…
rasa sakit hati…
August 28th, 2009 at 11:05 AM
Salam smua, sy ada formula dan cara tuk wat tisu cndwn ni. Sape nk kongsi ble call 0173526115. Same-same kita blajar.
August 28th, 2009 at 11:15 AM
Maklumat tuk peralatan makmal yg murah dan mudah dpt pun ada, tmasuk laminar flow hood buatan sndri. Xde pun bribu-ribu mcm yg dgembar gemburkan. Makmal sy x sampai pun 2k kosnye, jd pun tisu cndwn nye.
August 28th, 2009 at 3:12 PM
Zack, lokasi dimana ?
September 7th, 2009 at 5:38 PM
Banting, selangor.. Lokasi kne rahsia lah beb, malu coz da puas kne kutuk. Tp makmal ni tuk compny sy je.. Nk kongsi ilmu ble la..
November 28th, 2010 at 10:08 PM
btul kata saudara tu,mmg ada segelintir yg tak mahu yg membantu semi usahawan mcm kita ni