Lawatan ke Vita Agrotech dan Gano Farm
Saya rasa, ramai pernah tengok logo dibawah terutamanya di rak-rak chiller di hypermarket terkemuka disekitar Lembah Klang. Vita Agrotech, merupakan “orang lama” dalam industri penanaman cendawan, sejak 1987. Dan alhamdullilah, pada Rabu lepas kami diberi kesempatan untuk melawat ladang Vita yang terletak di Tanjung Sepat, Selangor.
Pihak Vita menerima kunjungan dari Fujian Association of Young Scientist (FAYS) dan telah berbesar hati untuk memanjangkan jemputan kepada ahli-ahli Mushroom Association Malaysia (MAM) untuk turut serta memeriahkan lagi lawatan ini. Terima kasih kami ucapkan pada pihak Vita dan MAM. FAYS pula mewakili 120 persatuan pengusaha cendawan dari Fujian, China.
Lokasi pertama lawatan kami adalah di homestay milik Madam Cheng, Gano Farm Sdn Bhd yang terletak di tepi laut. Homestay ini berunsur Agro-Tourism, merupakan pusat pembungkusan hasil cendawan Vita dan juga pusat penjualan produk-produk Gano Farm.
Waste To Wealth and Health ! Saya setuju !
Berapa bilik saya tak tau. Tak sempat nak tanya.
Pemandangan tepi laut disekitar Gano Farm.
Sibuk packing cendawan tiram kelabu.
Memandangkan tetamu dari Fujian ini tidak fasih berbahasa Inggeris, keseluruhan sesi lawatan dijalankan dalam bahasa Mandarin. Hanya saya dan Akmal dari Cendawan Blues yg tak faham
. Tetapi itu tidak menjadi masalah buat kami, kerana ramai ahli persatuan yang sudi menjadi translator kami.
Antara yang menarik semasa sesi perbentangan adalah perbincangan mengenai pengunaan media cendawan. Pengunaan “solid” medium seperti habuk kayu dan jerami padi dah dikira sebagai “old fashion”. Mereka sekarang mengunakan teknologi media cecair dimana parameter-parameter cecair ini boleh diukur mengunakan komputer. Dan teknologi ini boleh menghasilkan cendawan dalam masa yang sangat singkat, iaitu dalam masa 5 hari sahaja !
Sementara yang lain sibuk bertukar-tukar pendapat, saya menghabiskan masa dikedai Gano Farm. Saya rasa ada lebih kurang 30 produk Gano Farm ni. Macam-macam ada ! Kalau tiada idea nak buat produk hiliran cendawan, disyorkan datang ke sini. Dan produk-produk ini tidak dijual dipasaran terbuka. Ianya hanya boleh didapati Ganofarm. Antaranya :
Lepas itu, kami dibawa pula melihat ladang Vita yang terletak lebih kurang 3km dari homestay tersebut. Sangat besar tempatnya dan kalau saya tak silap kiralah ada 30 buah bangsal. Kami tak sempat nak tanya Madam Cheng dengan lebih lanjut mengenai tapak projeknya sebab dia sibuk melayan tetamu. Ada macam-macam cendawan, tiram kelabu, putih, ligzhi dan jeli hitam.
Dicelah-celah rimbunan pokok kelapa sawit. Bersih tempatnya, ada sijil SALM lah katakan.
Kalau kami, ni mungkin stok habuk setahun kot
Deretan steamer, ada 8 biji semuanya !!
Di bangsal Lingzhi.
Kalau ada cita-cita untuk ada berpuluh bangsal, sediakan budget utk forklift sekali yer.
Macam ni lah rupa Jeli Hitam.
Akhir kata, lawatan ini memang sangat bermanafaat sekali. Kepada pengusaha kecil seperti kami, ini meluaskan lagi ilmu dalam industri cendawan. Banyak cabang perniagaan yang boleh kita ceburi. Ianya turut membakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Orang lain boleh, kenapa tidak kita juga ?
Dan kepada yang belum menjadi ahli persatuan, saya syorkan daftar segera ! Banyak peluang-peluang bermanafaat yang boleh kita perolehi. Untuk memdaftar boleh hadir pada Sabtu akan datang ini ke AGM 2010 di Universiti Malaya. Tak mahal, RM30 setahun, RM300 seumur hidup.
Tags: black jelly, cendawan, gano, gano farm, homestay, jeli hitam, lingzhi, morib, mushroom, tanjung sepat, tomyam, vita, vita agrotech













June 10th, 2010 at 5:58 PM
I joint MAM since 2007. I can see the committee hv done their best to build the mushroom industry. This year plan is to promote mushroom to the public.
Appreciate your effort in sharing the MAM with others. TQ.
September 6th, 2010 at 1:13 PM
sy menetap di johor ( segamat )
macamana nak join persatuan?
mmg minat sgt ngan cendawan nie.
November 18th, 2011 at 12:26 PM
saya menetap di batu pahat johor.Bagaimana saya nak joint persatuan nie dan
saya juga berminat dgn penanaman cendawan macamana saya nak ikuti kursus2
yang di sediakan.
November 24th, 2011 at 7:12 PM
Saya adalah pengusaha cendawan tiram kelabu secara kecil2an. Masalah saya adalah untuk mendapatkan abok kayu getah. Buat masa ini saya terpaksa KIV projek penanaman cendawan saya kerana tidak mendapat bekalan abok kayu getah ini. Bolehkah saya menggunakan abok kayu selain kayu getah dan dimanakah boleh saya mendapat bekalan abok kayu getah ini jika masih ada lagi dipasaran? Saya juga berminat untuk mengikuti kursus2 lanjutan tentang penanaman cendawan ini.