Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Lawatan Ke Jin Teik Organic Health Food Sdn Bhd

Mula-mula sekali saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Minta maaf kerana lama tidak update berkenaan trip ke Kedah. Terlalu sibuk di ladang. Ada 1 lagi posting utk Agro Bio Futures.

Jadi mari kita sambung perjalanan kita. Lawatan seterusnya adalah ke Jin Teik Organic Health Food. Mereka merupakan pengeluar sayur-sayuran organik dan cendawan tiram putih, king oyster, enoki dan reishi antler (tanduk rusa).

Di farm cendawan mereka, mereka mengunakan concept control environment. Rumah cendawan mereka dilengkapi dengan chiller dan mempunyai peralatan utk mengawal suhu dan kelembapan utk menanam cendawan yg hidup dikawasan sejuk.

Contohnya di rumah cendawan king oyster dan enoki, suhu mencicah 13°C. Berapa lah agaknya bil elektrik mereka setiap bulan ?

Micro computer dan chiller di salah sebuah rumah cendawan mereka

Perkara lain yg menarik perhatian adalah mereka membuat rak dari simen/concrete ! Confirm tahan sampai ke anak cucu.

Ini pula gambar di tempat penyediaan bongkah mereka. Hanya mengunakan getah dan beg media tak padat pun !

Antara cendawan-cendawan yg mereka tanam

Enoki

King Oyster

Reishi Antler (Tanduk rusa). Spesis Lingzhi. Rasanya pahit !!

Banyak idea-idea menarik di Jin Teik ni. Selain rak simen, ni pula dinding rumah cendawan di buat daripada polystyrene setebal 2″ sebagai penebat suhu. Selain itu pengunaan tali plastik hijau (apa nama tali ni yer ?) utk mengelak bongkah-bongkah yg kecut dari rebah ke bumi.

Lepas sehari suntuk mengadap cendawan, sedikit kelainan, kami dibawa melihat ladang organik mereka. Diladang ini mereka mengitar semua semua bongkah-bongkah cendawan terpakai utk dijadikan kompos tanaman. Mereka mempunyai 16 buah “green house” dan menanam pelbagai sayur-sayuran seperti bayam, kangkung, kailan dan bendi. Setiap rumah dianggarkan berharga RM40,000. Dindingnya concretenya ditanam 1.5 kaki didalam tanah utk mengelakkan serangan perosak !

Kompos mereka mengunakan sisa bongkah cendawan terpakai, tahi ayam dan air gunung. Mereka juga tidak lokek utk berkongsi resipi EM mereka. Mudah dan sesiapa boleh buat.

EM Jin Teik, 1kg molasses/gula merah + 3kg sisa sayur/daun hijau + 10kg air dan peram didalam bekas tertutup tanpa cahaya selama 1 bulan. Lepas sebulan jus peraman tadi sudah boleh digunakan sebagai EM.

Lawatan ke ladang organik ini memang membuka minda mengenai pertanian organik ini. Sebagai seorang pengusaha cendawan, beg media terpakai yg berlonggok-longgok tu boleh dijadikan sumber pendapatan lain. Nampak gayanya ni boleh dijadikan projek kedua Cendawan 915.

Terima kasih Jin Teik kerana sudi menerima kedatangan kami.

Sila lawati album kami utk melihat koleksi gambar-gambar lain di Jin Teik

http://www.flickr.com/photos/gogsard/sets/72157621811637307/detail/

 

Tags: , , , , , , , ,

Tingalkan Komen Anda