Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Lawatan ke Gano Excel, Alor Star

Gano Excel, Alor Star, Kedah merupakan persinggahan pertama kami. Gano Excel merupakan sebuah syarikat “Direct Selling” dan penghasilan produknya adalah berasaskan Lingzhi. Hampir semua produknya adalah produk kesihatan.

Semasa di ibu pejabat (gambar atas) kami telah dibawa utk melihat beberapa kawasan pemprosesan produk mereka. Antaranya adalah production line kapsul Lighzhi. Mereka mempunyai pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practise) dan semua produknya adalah Halal. Malang sekali kami tidak dibenarkan mengambil gambar disekitar ruang production. Production linenya memang canggih dan bersih mcm bilik bedah. Memang tidak diragui kebersihan produk mereka ini.

Selain itu kami telah dibawa melawat ke makmal mereka. Dari penerangan yg diberikan, mereka sangat-sangat menjaga kualiti produk mereka. Setiap kali menerima bahan dari pembekal, mereka akan uji dahulu dimakmal mereka. Mereka mempunyai peralatan untuk menguji komposisi kimia bahan.

Kemudian kami dibawa ke ladang Lighzhi mereka yg terletak lebih kurang 5 minit perjalanan dari ibu pejabat mereka. Mengikut mereka ladang Gano Excel adalah ladang Lingzhi terbesar di dunia. Mereka mempunyai 42 buah bangsal.

Antara yg menarik perhatian saya adalah teknik pembuatan bongkah mereka. Mereka mengunakan campuran habuk kayu, sekam padi dan tepung gandum merah. Setiap bancuhan akan disimpan didalam bekas kuning (gambar atas) dan diperam selama 3 hari. Proses pemeraman ini adalah untuk mengalakan proses pembiakkan bakteria. Selepas 3 hari barulah ianya di begkan. Yg anehnya, bancuhanya amatlah kering, seperti tidak diletak air.

Selain itu cap penutup mereka berbeza dari yg biasa pengusaha cendawan tiram kelabu gunakan.

Ini pula merupakan steamer/autoclave mereka. Boleh memuatkan 5,000 bongkah sekali gus.

Kemudian kami dibawa melawat 2 buah bangsal lingzhi. Mereka mengunakan sistem gantung (gambar atas). Pada pengamatan saya ianya nampak ringkas, mudah dan menjimatkan. Ini membuatkan saya tertanya-tanya kenapa pengusaha cendawan tiram kelabu tidak mengunakan konsep ini. Ada sesiapa boleh berikan jawapan ?

Gambar diatas adalah Lingzhi yg belum matang. Kalau tidak silap saya ini baru berusia 3 bulan. Saya kurang pasti tempoh masa penghasilan lingzhi ini, sibuk sangat meronda ladang mereka sehingga terlepas briefing. Ada sesiapa yg pergi boleh berikan maklumat lanjut ?

Sila layari link berikut utk melihat gambar-gambar lain sepanjang di Gano Excel.

http://www.flickr.com/photos/gogsard/sets/72157621811616521/

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Tags: , , ,

Satu Komen untuk kiriman “Lawatan ke Gano Excel, Alor Star”

  1. Aziera Says:

    Lingzhi ni blum mtg…dia ambil msa 3 bln tuk mtng dah akn jadi wrn coklt pada kslrhn bhgian. Mksdny xkn ada lapisan putih kt tepi2 tu…

Tingalkan Komen Anda