Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Lawatan Ke DXN, Alor Setar

Selama ini asyik nampak sign board iklan DXN di sepanjang lebuh raya, alhamdulillah kami ini berpeluang utk melawat tapak operasi mereka yg dibina diatas tanah seluas 42 hektar.

Kebanyakkan produk adalah hampir sama dengan Gano Excel iaitu berasaskan Lingzhi.

Lawatan pertama kami dibawa melihat tapak projek spirulina mereka. Mereka ada 16 buah kolam spirulina yg besar. Jika anda perhatikan gambar dibawah, sebatian hijau didalam air kolam itu ialah spirulina hidup. Ianya seperti algae. Kultur dibiakkan didalam makmal dan diletakkan didalam kolam utk pembiakan komersil.

Spirulina yg telah dikeringkan. Boleh dimakan terus. Rasa mcm kacang hijau mentah.

Di DXN kami dibenarkan utk mengambil gambar production line mereka. Dibawah adalah production line kopi mereka. Kopi sahaja ada 9 jenis !

Antara produk-produk lain

Nasib tak baik, bateri kamera pulak habis. Tak dapat bergambar di bangsal Lingzhi mereka. Tetapi bangsal yg kami lawati hanya utk pelawat. Bangsal sebenar mereka didalam estet getah, ada 100 lebih bangsal cendawan mereka.

Lawati link dibawah utk melihat gambar-gambar lain di DXN

http://www.flickr.com/photos/gogsard/sets/72157621936178358/

Tags: , ,

Tingalkan Komen Anda