Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Lagi Satu Cabaran Baru

Alhamdullilah, hari ini dapat satu kedai mintak supply cendawan. Satu berita baik utk kami yg masih lagi terkial-kial utk memasarkan cendawan kami. Mereka hanya perlukan 1kg sehari. Walaupun jumlahnya sikit, bagi kami ianya adalah satu jumlah yg agak mencabar utk dipenuhi. 500 dari beg cendawan kami masih lagi belum matang, dan 500 selebihnya baru dibuka dan mungkin mengambil masa 3,4 hari lagi utk mengeluarkan hasil. Mungkin kami terpaksa beli sedikit dari orang lain utk memastikan supply tidak putus.

Tuan kedai tu juga memberi komen mengenai packaging kami. Dia syorkan clear plastik, seperti yg TAA komen sebelum ini. Terus kami ke bergegas ke kedai dan beli 1kg beg plastik yg disyorkan dengan harga RM8 sekilo.

Hari ini kami jumpa 10 beg dijangkiti kulat hijau. 3 daripada nya kami “salvage”, harap-harap masih lagi boleh mengeluarkan hasil.

Lepas di salvage. Pendek sket dari asal.

Dan ini adalah sedikit gambar sistem siraman kami. Nozzle bewarna biru. Dari pemerhatian kami, cendawan kami tumbuh lebih cantik selepas kami pasang sistem siraman ini. Ia menyiram 3 kali sehari.

Pump dan tank air utk siraman.

Update 27/2/2008 : Kami tidak lagi mengunakan kaedah siraman. Sila rujuk http://saekar.com/cendawan915/qa-berkenaan-water-mist/

Tags: , , ,

11 Komen untuk kiriman “Lagi Satu Cabaran Baru”

  1. sutihana Says:

    Sistem piping untuk sprinkler tu boleh diperbaiki dengan memaku paip pada satu batang kayu extra. Maksud saya seperti kita buat wiring elektrik di rumah kampung. Kita paku wiring tu kat satu kayu panjang dan nampak kemas. Tujuannya supaya paip tu dalam kedudukan stabil dan tak tertanggal.

    Sistem sprinkler+water pump+timer amat sesuai dipasang dirumah cendawan sekiranya terdapat masalah untuk menyiram 2/3 kali sehari disebabkan tiada pekerja atau taukeh sendiri sibuk sewaktu proses penuaian.

  2. coversyl Says:

    nak tanya… semburan air yang keluar dari nozzle tu adakah sama macam semburan air (halus mcam kabus) yang digunakan pada kipas restoran tu(digunakan untuk tujuan penyejukan) ?

  3. gogsard Says:

    Tak. Ni mcm gerimis. Asalnya nak gunakan nozzle kabus, tapi sebab kosnye agak mahal, RM2.50 satu nos. Nozzle ni hanya RM0.15. Kalau ada jumpa nozzle kabus yg murah, let me know.

  4. coversyl Says:

    nozzle kabus yang RM2.50 satu tu ada jual kat Sabak Agro ke ? sebab saya tgk kat websitenya tak der pulak (atau saya tak perasan).. kalau bukan kat sabak agro, boleh bagi nama dan alamat kedai tu tak…

    oh ya… saya dari ipoh

  5. gogsard Says:

    Ada dijual. Cuma email atau call mereka. Lagi satu pilihan boleh cuba di kedai hardware yg ada jual peralatan polypipe. Di Shah Alam ni ada kedai yg jual. Harga RM5 ++ sebab dibuat dengan tembaga.

  6. coversyl Says:

    terima kasih kerana sudi ‘chat’ dgn saya… saya doakan agar perusahaan cendawan saudara terus maju dan berjaya mejadikan saudara seorang yang disegani dalam dunia perniagaan cendawan..

  7. putera04 Says:

    salam nak tanyer pump tuh kene ader tank air ker baru boleh jalan atau boleh sambung kat paip air jer pump tuh

  8. gogsard Says:

    Boleh tapi ada keburukannya.

    Jika disambung direct, walaupun pump off, jika presure paip air cukup kuat, air akan melalui keluar outlet pump dan kesemua pipe. Air akan keluar di (menitis) di muncung sprinkler. Jika tekanan paip air tidak kuat boleh sambung direct. Kena cuba jaya. Kena consider jika paip berkongsi dangan pili lain.

    Jika sambung dari tank, tidak perlu risau air menitis keluar bila pump off. Tapi setup tank dan pump kena betul.

    Ada 2 cara nak setup:

    1. Cara siphon. Ni mcm siphon minyak kluar dari tank motor or keta. Air dipump dari atas tank ke bawah. Jadi kena jaga presure dan angin. Kalau preasure hilang air tak naik. Susah nak betulkan kalau presure hilang.

    2. Cara graviti, seperti yg anda tgk dalam gambar diatas. Air keluar dari bawah tank (graviti) terus ke pump. Sentiasa ada presure. Saya syorkan cara ni.

  9. putera04 Says:

    tank tuh boleh pakai tank yang kecik tak mcm tong plastik atau tong gelen .. sory banyak tanyer plak he he …

  10. gogsard Says:

    Takde masalah bro. Apa2 tong boleh. Tong sampah hitam tu pon boleh as long setup nye betul. Kalau nak pakai tong sampah or tong kecik, suggest letak pelampung macam dalam tandas utk refill automatik.

  11. Mael Says:

    Nak tanye sket pasal kedai yg jual peralatan polypipe di shah alam tuh. Di mana yek ?
    Kedai yg juat nozzle tembaga RM5++ tuh kat mane ?
    Thanx.

Tingalkan Komen Anda