Profail Syarikat
Cendawan 915 ditubuhkan pada Januari 2008 dan beroperasi berasaskan bidang pertanian iaitu penghasilan cendawan segar. Syarikat ini memilih untuk memulakan projek ternakan ini di kawasan tanah seluas 1 ekar, terletak di daerah Kg Jawa, Klang
Pada peringkat permulaan, kami bermula dengan sebuah rumah cendawan yang boleh memuatkan 7000 bongkah dan boleh menghasilkan cendawan segar lebih kurang 10kg sehari. Kemudian pada tahun 2009, kami telah menambah 2 buah rumah cendawan baru dengan jumlah kapasiti 35,000 bongkah. Dijangka hasil cendawan segar boleh meningkat kepada 40kg sehari.

Kiri sekali: Bangsal pertama kami.
Tengah : Ruang operasi dan pemprosesan.
Belakang : Bangsal 2 dan 3