Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Kulat Hijau Di Kesan

Sabtu lepas kami berkesempatan untuk menyusun semula beg-beg cendawan yg kami beli. Kami dapati ada 1/3 bongkah masilium dah penuh satu, 1/3 tiga suku beg dan lagi 1/3 baru separuh beg. Dijangka beg yg hampir penuh tu boleh dibuka hujung bulan ini.

Selain itu 5 beg dikesan dijangkit kulat hijau.

Kami juga telah turunkan beg-beg dari tingkat atas kerana panas, kawasan tak terlalu dekat dengan bumbung. Mungkin lepas kami pasal semburan mist, keadaan bertambah baik.

Berkenaan soal mist, ianya masih belum dipasang kerana pihak yg memasang air dan elektrik masih belum tiba. Tiada berita dari orang yg kami upah. Telefon dan SMS tidak berjawab. Telefon isterinya, dia pon tak tahu cerita. Frust betul bila kena dengan org yg macam ni. Bila dah bagi bisness, buat taik plak.

Nampak gaya nye, kena buat sendiri jugak.

Bongkah yg kami dah “organize”. Rak pertama masilium dah penuh, rak kedua 3/4 dan rak ketiga 1/2 beg.

Antara beg yg dijangkiti penyakit.

Satu Komen untuk kiriman “Kulat Hijau Di Kesan”

  1. Kulat Says:

    Alhamdulillah dah nampak perkembangan yg bagus di cendawan 915 ni. Harap harap berterusan hendaknya.

    Bungkah tu nampaknya mcm ok je … why not asingkan kat tempat lain dan tgk progressnya.

Tingalkan Komen Anda