Kereta Baru
Kalau kerajaan negeri Terengganu sibuk pakat beli Mercedes, kami plak baru beli “company car” yg pertama. Malangnya yg bergerak hanya badannya
Hari ni tiba pembancuh simen kami. Alhamdullilah semuanya OK. Harga disini adalah RM1,400.00. Nak kena biasakan start mesin nya. Nak tercabut tangan tadi cuba hidupkannya. Masih tak dapat lagi setting angin dan minyak nya.
Insyallah selepas ni kencanglah sikit proses membuat bongkah.

Dengan adanya mesin baru ni, bertambah pulak cabaran baru. Belanja dah keluar banyak, sekarang nak kena gunakan sepenuhnya utk memaksimakan pendapatan.
Kami masih lagi mencari-cari orang untuk bekerja. Doa-doakan minggu ni dapatlah calon-calon nya. Kalau ada sesiapa yg ada kontek yg berdekatan Kg Jawa, Klang ini silalah bagi tahu kami.




