Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Kenapa Bongkah Plastik PP ?

Saya ada satu soalan yg sering bermain difikiran dan masih belum jumpa jawapannya.

Kenapa kita membuat bongkah mengunakan teknik plastik PP, neck dan penutup ? Kenapa teknik ini yg popular di Malaysia ?

Dari pemerhatian saya terhadap pengusaha-pengusaha luar negara, terdapat banyak kaedah-kaedah lain yg boleh digunakan seperti beg plastik besar, tong plastik, bekas plastik dan tanpa bekas pun ada. Saya percaya ada kaedah-kaedah lain yg boleh kita belajar utk memperbaiki cara kita beroperasi.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Tags:

4 Komen untuk kiriman “Kenapa Bongkah Plastik PP ?”

  1. myspores Says:

    Salam..

    Ok, MyWish. Memang betul pengusaha-pengusaha di luar sana menggunakan palbagai kaedah di dalam pembuatan bongkah seperti plastik besar, tanpa bekas, bekas plastik dan sebagainya sebagai bekas @ “container” medium.

    saya cuba beri jawapan berdasarkan pengamatan saya.
    antara sebab musababnya ialah faktor kos, tempat, dan kuasa pengeluaran. apapun setiap bekas ada kelebihan dan kekurangan

    Plastik PP:
    anggaran medium lebih kurang 1 kilogram. harga plastik PP berada di dalam lingkungan murah. merupakan jenis plastik yang paling banyak digunakan di dalam pembuatan cendawan di seluruh dunia.
    Data mengenai Plastik PP:
    - kawalan cendawan yang maksimum sehingga serendah 50-100 gram per pengeluaran. (tujuan kitaran yang sistematik untuk keuntungan)
    - pakai buang (mudah untuk mengasingkan bongkah yang bermasalah dan mengurangkan risiko jangkitan yang kketerlaluan)
    - tahan panas
    - tetapi tidak terlalu tahan dengan pengendalian yang kasar (mudah bocor)
    - murah (mudah didapati)
    - penjagaan yang mudah (tidak perlu beri perhatian selalu)

    Plastik beg besar:
    - pengeluaran boleh dilakukan secara besar besaran.
    - namun perlukan kawasan yang sejuk (tidak sesuai untuk kawasan yang mempunyai suhu yang berubah-ubah) kerana saiznya yang besar memberikan impak kepada suhu di dalam bongkah. (Cth: apabila bongkah besar terdedah kepada suhu yang panas agak lama, ia perlukan masa yang agak lama juga untuk sejuk, jadi suhu panas yang terlalu lama boleh menyebabkan benih rosak). jadi lebih sesuai dengan negara yang bersuhu sejuk sepanjang masa) suhu juga memainkan peranan yang penting dalam kawalan spora perosak. dalam suhu yang panas, udara sekeliling berada di dalam keadaan yang kering, dan partikel-partikel seperti spora perosak, debu, virus, dsb akan menjadi ringan. dan tiupan agin yang lembut pun boleh membawa partikel-partikel ini ke mana-mana sahaja dan boleh melekat pada medium dengan mudah ketika proses suntikan atau pembuatan bongkah dilakukan
    - memerlukan saiz steamer yang besar untuk bongkah yang banyak (kalau tong dram, mungkin boleh muat dua jer).
    - hanya dipraktikkan oleh pengeluar yang mengeluarkan cendawan secara besar-besaran. (kalau pengusaha biasa pakai tong dram atau steamer yang boleh muatkan seribu bongkah standard, bilangan bongkah besar yang boleh dimuatkan dalam steamer itu hanyalah sedikit, jesteru menigkatkan peratusan bongkah rosak berbanding bongkah standard)
    cth: satu steamer memuatkan 10 bongkah besar = 100 bongkah standard.
    maka jika 2 bongkah rosak akibat penyakit yg xdapat dirawat, maka kehilangan adalah bersamaan 20 bongkah dalam satu proses.
    - kebaikan ialah cendawan boleh dituai dengan kuantiti yang sgt banyak dalam satu tempoh tuaian. biasanya kaedah yang digunakan adalah jenis sekali tuai kerana pada masa tempoh rehat, plastik besar akan ditebuk di beberapa bahagian untuk cendawan keluar.

    Bongkah terdedah (plastik dikeluarkan selepas matang)
    - pengeluaran yang tidak seragam.
    - pengeluaran yang banyak boleh dilakukan.
    - penjagaan yang rumit kerana kelembapan bongkah sentiasa perlu dipantau (sangat tidak sesuai untuk negara yang bersuhu panas).
    - mudah terdedah kepada penyakit.

    Bekas plastik (sapa yang tak paham, anggaplah bekas plastik tu cam tupperware):
    - Menjimatkan hanya dari segi kaedah penggunaan yang berulang(recycle).
    - namun kos awal untuk membeli bekas boleh dianggap terlalu tinggi bagi pengeluar cendawan yang kecil dan sederhana.
    - hanya dipraktikkan oleh syarikat besar dan memerlukan hampir 80% penggunaan mesin. (kalau kita la kan, agak-agak sapa la yang nak basuh bongkah bekas plastik ni lepas guna ye? :P )
    - mesin yang biasa digunakan jika menggunakan bekas plastik adalah seperti mesin pembancuh, mesin pemadat(penghentak), mesin steamer besar (autoclave), mesin pembersih (buang medium yang telah digunapakai).
    - kurang tenaga pekerja, tetapi modal sangat besar terpaksa dilaburkan untuk mesin.

    itu antara jenis bekas yang saya tahu, so kalau ada kaedah lain, para pembaca lain boleh lah utarakan. kalau ada percanggahan di dalam penerangan saya, sila betulkan. :)

  2. Amree Says:

    Mywish ??

  3. myspores Says:

    hahaha, sorry dah salah tulis. masa tu tengah dok tengok blog mywish gak. sowi sowi.

  4. kalalait Says:

    kalau guna semula bekas melibatkan pencucian semula, sah masa tidak dipihak kita. sayang….

Tingalkan Komen Anda