Hama Di Kesan ! Hama Di Kesan !
Ni pulak kami jumpa pagi ni semasa tgh buka cap peram utk mengorek benih dari bongkah-bongkah matang. Satu bongkah dijumpai ada serangga-serangga halus ini. Mengikut ciri-ciri yg selalu dibincangkan, warna putih lutsinar, halus dan dtg dalam kuantiti yg banyak, saya rasa memang ini adalah hama.
Klik link dibawah utk lihat video.
Keadaan luaran bongkah nampak elok dan tiada mycelium yg hilang. Mungkin sebab stok biji gandum masih banyak lagi kot. Bongkah ni telah saya asingkan utk buat experimen lanjut. Biji gandum telah dibuang dan hama telah dibuang seberapa banyak yg boleh. Aktiviri rutin penjagaan dan tuaian yg sama akan dilakukan atas bongkah ini. Saya nak tgk adakah kuantiti hama boleh bertambah dan adakah mycelium boleh hilang. Dan juga keadaan hasil tuaianya nanti.
Dari mana ia datang masih lagi menjadi tanda tanya. Batch bongkah yg kami korek ini mengunakan bancuhan dan benih dari botol yg sama. Beg-beg lain tiada pula nampak kehadiran hama ini.
Melompat-lompat hama bila kena panas matahari. Cuba bayangkan mereka melompat-lompat dalam bangsal anda, dari beg ke beg.
Saya juga nak berkongsi kit yg baru kami cuba, iaitu Headlight, lampu suluh di dahi yg biasa org keja lombong pakai. Lampu ini dipakai semasa sedang menuai, mengorek, tutup atau buka cap. Pada pendapat dan pemerhatian kami, lampu ini sangat membantu kerana kita dapat melihat dengan lebih jelas keadaan dicelah-celah bongkah dan yg lebih penting keadaan didalam mulut bongkah itu sendiri. Boleh membantu kita mengesan benda-benda yg tidak diingini.
Macam-macam kami jumpa, dan salah satunya koloni hama diatas. Jika tiada lampu suluh ni, memang tak nampak langsung. Ini boleh dijadikan salah satu alat utk memantapkan penjagaan bangsal dan bongkah cendawan kita.
Harganya tak mahal. Kami beli di Carrefour. Cap Energizer pd harga RM40 mengunakan 3 bateri AAA. Ada yg lebih murah cap Eveready pd harga RM30, tapi maintenance agak susah kerana mengunakan 1 bateri jam.

Tags: cendawan, hama, Masalah & Penyakit





November 7th, 2008 at 7:01 PM
A’kum, saya ada melihat video diatas, saya rasa yang menyerang bongkah itu adalah serangga yang dinamakan springtail, serangga berkaki 6 yang boleh melompat seperti spring dengan menggunakan ekor. Maklumat ini saya rujuk kepada Puan Norma (Puterajaya). Maklumat internet : http://www.happydranch.com/invertebrates/springtail.html
Wassalam.
November 7th, 2008 at 7:06 PM
cek bang, dari bongkah ke bongkah jgn miss 1 pun! pengalaman kwn kene hama 1 bangsal complete set 10k bongkah mmg tak dpt dilupakan! tu belum kira yg dah dijual & kene ganti! pastu spray lah apa2 yg patut! maybe bole try wood vinegar kepekatan agak tggi 1:100 ke, the main problem is, once detected maknanya mmg dah ramai! prevention! prevention! prevention always better than cure!
November 7th, 2008 at 7:15 PM
Mungkin juga pak syed. Nak kena cari microskop ni. Pn Normah takde bagitau springtail ni bahaya ke idak ?
Akoo ingat nak try spray ngan diluted cuka kayu, tgk ada effect tak.
November 7th, 2008 at 7:40 PM
Lepas baca ni, springtail ni kategori bahaya ni .. feed on decaying compost ..
http://www.vegedge.umn.edu/vegpest/beneficials/Springtails.htm
November 8th, 2008 at 7:21 AM
Serangga ini memang bahaya, dia datang dari luar bangsal, kena bersih persekitaran bangsal, cari punca darimana dia datang. Dulu yang menyerang bangsal saya adalah Hama, tak dapat dilihat mata kasar, springtail boleh nampak mata kasar. Wassalam.
September 9th, 2010 at 3:20 PM
Ada masalah penyakit cendawan seperti kulat hijau, kulat orange, serangan Hama , ulat dalam bungkah…dll, kini ada bahan rawatannya… boleh visit blog : http://rasemushroom.blogspot.com atau hubungi MR GO : 019-6536313
Thank you