Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Forum Pengusaha Cendawan Tiram Kelabu

http://gengcendawan.freeforums.org/

Awal minggu lepas saya bernekad untuk memulakan sebuah forum khusus untuk pengusaha cendawan tiram kelabu. Forum ini tidak terhad kepada pengusaha, ianya terbuka kepada sesiapa sahaja yg berminat dengan spesis kulat ini dari segi agrikultur, komersil atau sebagainya.

Saya percaya ada yg mungkin tidak bersetuju dengan forum ini kerana sudah terdapat banyak public forum yg membincangkan hal cendawan tiram kelabu ini. Memang betul, bersepah-sepah orang berdiskusi mengenainya. Tapi masalahnya kebanyakkan topic-topic perbincangan cendawan ini tidak terurus. Ada yg sampai beratus-ratus muka. Dalam satu topik disumbatkan bermacam-macam informasi yg sepatutnya membantu tetapi akhirnya membingungkan pembaca. Ada topik yg berkongsi forum yg membincangkan hal-hal lain yg akhirnya menegelamkan diskusi cendawan.

Ya, saya memang frust dan keciwa dengan situasi itu.

Perbezaan forum Geng Cendawan ini:

1. Topik-topik perbincangan dipecahkan dengan lebih teliti

2. Skop adalah disekitar penjagaan, penanaman, pengusaha dan rangkaian perniagaan cendawan

3. Setiap perbincangan akan dihadkan kepada beberapa muka dan perbualan kosong akan dikurangkan seminima mungkin

4. Ruang pengiklanan disediakan khusus utk pengusaha cendawan secara percuma

Diharap forum Geng Cendawan ini akan mendapat sokongan dari semua pihak. Dan saya amat berterima kasih jika pembaca sudi utk meng”link”kan forum ini di blog-blog atau website anda.

Buat masa ini ianya masih mengunakan sub domain freeforums.org. Jika ada wang lebih atau ada yg sudi membantu saya akan usahakan untuk mendapat kan domain .com, .net atau .org.

 

Satu Komen untuk kiriman “Forum Pengusaha Cendawan Tiram Kelabu”

  1. snegoviksukablyat Says:

    hello
    im new on this forum….

Tingalkan Komen Anda