Kategori ‘Rumah Cendawan’
Rak Cendawan Siap !
Sunday, March 30th, 2008Sedang orang lain sibuk menonton Anugerah Bintang Popular, kami bertungkus lumus menyiapkan rak cendawan pertama kami. Kami mula agak lewat, sekitar 5 petang tadi. Alhamdulillah, siap juga akhirnya. Barulah ada rupa rumah cendawan.
Rak sepanjang 17 kaki, 6 kaki tinggi ini boleh memuatkan 2,000 bongkah.
Diterangi sebijik mentol 25 watt, kami “kerjakan” 50 beg plastik semalam. Kerana kurang pencahayaan, kami tangguhkan untuk mengesan kulat hijau atau oren.









