Alhamdullilah, akhirnya tiba masanya kami utk membesarkan lagi perniagaan. Dengan peruntukkan yg terhad, dapatlah kami menambah 2 buah bangsal baru bersais 25′x40′ yg dijangka boleh memuatkan 18,000 bongkah setiap satu. Dengan penambahan kapasiti ini kami juga akan turut membina sebuah bilik suntik baru yg lebih besar dan kawasan pengukusan baru.
Idea bilik suntik dan kawasan pengukusan baru ini adalah berdasarkan feedback dari Puan Normah semasa kursus Penyakit dan Perosak bulan lepas berkaitan Good Hygiene Practice. Salah satu ciri-ciri Good Hygiene Practice ialah workflow penyediaan bongkah yang teratur, dengan mengasingkan ruang yg kotor (tempat membuat bongkah) dan besih (menyuntik benih). Sebelum ini proses menyuntik dan mengukus terdedah dalam laluan kawasan membuat bongkah yg kotor. Jadi kami ambil peluang ini utk mengasingkan kawasan steamer dan bilik suntik jauh dari tempat membuat bongkah.
Fasa 1 baru sahaja bermula Jumaat lepas, penyedian lantai bangsal. Kerana tapaknya luas, kami gunakan ready-mix concrete utk lantai. Cepat, mudah, tahan lasak dan menjimatkan. Sebab permukaan yg tak rata, lari budget dari 35m³ simen menjadi 51m³ simen. Habis 7 1/2 lori juga nak penuhkan tapak 122′ x 30′. 2 hari siap dengan licin sekali. Kalau bancuh manual mau makan 2 minggu baru habis.
Fasa 2 insyaallah bermula esok, dengan pemasangan rangka bangsal yg dibuat daripada besi.

Tapak bangsal baru, sebelah dengan ladang cili dan work area.


Tapak seluas 30′x122′ siap dalam masa 2 hari sahaja