Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Kategori ‘Masalah & Penyakit’

Ulat Lah Pulak

Tuesday, October 27th, 2009

Setelah sekain lama tak update, ni ada cerita terbaru. Bongkah di serang ulat lah pulak. Tak tahulah ulat apa, lain org tgk, lain spesis ulat yg dikatanya. Ulat spesis apa itu perkara kedua. Perkara pertama macamana ianya boleh masuk dalam bongkah cendawan.

Klik disini untuk membaca sambungan post ini »

Operasi Terhenti Seketika (update)

Sunday, June 7th, 2009

Dugaan menjelma lagi. Kali ni dekat 2,000 bongkah kena kulat hijau serentak. Dan semuanya kena 2,3 hari lepas suntik. Tension dibuatnya. Dengan sebab itu, ada dekat 5,000 bongkah tertangguh. Tak berani nak suntik sebab masih tidak tahu puncanya. Bongkah-bongkah yg lepas kukus ni masih tiada tanda pencemaran selepas dibiarkan hampir seminggu. Suspek utama adalah semasa proses suntik dan selanjutnya.

Terpaksa hentikan operasi sementara utk trouble shooting. Beberapa ujian tgh dijalankan dan keputusan lagi 2,3 hari baru tau. Suspen betul. Dugaan dugaan …

Beg-beng yg tersadai.

Update: Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan, insiden ini tiada kena mengena dengan benih NAS Agro. Insiden ini telah berlaku 2,3 hari sebelum pergi ke ladang En Nabil. Kedatangan ke ladang En Nabil kelmarin adalah utk mendapatkan benih lain utk membuat perbandingan dengan benih sedia ada, sebahagian dari prosidur utk mengenalpasti masalah yg kami hadapi.