Kategori ‘Hasil Cendawan’
Official Harvest
Tuesday, June 10th, 2008Hari ni bermulalah cabaran baru, memasarkan hasil cendawan. Pagi tadi secara rasmi bermulalah proses kami mengutip hasil pertama kami. Dapatlah dalam 1kg. Tolak beberapa putik cendawan yg kurang cantik tingallah dalam 800g. Kami bungkus dalam beg 100g mengunakan heat sealer.
Asalnya memang tidak bercadang pun untuk menjual hasil pertama ini kerana kebiasaannya hasil pertama ini kurang cantik. Tapi sebaliknya semua yg keluar “molek-molek” belaka. Serta merta rancangan ditukar, kami nak cuba pasarkan di luar. Terus bergegas pagi tadi membeli hear sealer dengan harga RM65.
Memang pepatah “mencari rezeki kenalah keluar awal pagi” itu benar. Saya keluar pada jam 12 tgh hari. Saya singgah lebih kurang 10 kedai runcit tapi semua menolak kerana mereka sudah ada stok cendawan. Dan ada juga kedai runcit basah yg sudah mula berkemas-kemas.









