Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Kategori ‘Benih Cendawan’

Home Made Autoclave

Friday, August 1st, 2008

Hari ini pula pesanan dari US tiba. Kami telah memesan sebuah pressure cooker yg telah digunakan dari eBay. Kami dapat dengan harga yg sangat murah, iaitu RM110.00 shj. Berbanding di Malaysia ini yg harganya 5-10 kali lebih tinggi.

Sebab lain kami beli dari US adalah kerana kami memerlukan sebuah pressure cooker yang boleh mencapai tekanan 15psi (1bar), tekanan yg digunakan utk mengsteril dalam pembuatan benih.

Di US, tekanan standard sebuah pressure cooker adalah 15psi. Berbanding di M’sia, pressure cooker yg dijual terdapat pelbagai variasi tekanan, dari 5 – 15 psi. Pressure cooker yg murah agak sukar utk mengetahui tekanan yg boleh digunakan, kadang-kala tidak dinyatakan didalam manual. Manakala yg confirm boleh mencapai 15psi, harganya pula boleh mencecah RM600 – RM900.

Insyaallah uji kami utk membuat benih akan bermula minggu depan. Masih lagi dalam proses mencari petri dish.

Pemberat boleh laras, 5, 10 dan 15 PSI.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Membuat Benih Cendawan Sendiri

Friday, June 20th, 2008

2 minggu lepas berkesempatan bertemu seorang pakcik saudara yg pernah berkerja dalam bidang biologi dan makmal. Beliau juga tahu sedikit sebanyak mengenai cendawan dan cara-cara pembenihan. Disini saya ingin kongsi pengalaman beliau, dan sesiapa yg mencuba diharap boleh memberikan feedback. Kami insyallah akan mencuba dalam masa terdekat ini.

1. Kumpulkan cendawan-cendawan yg dah tua; yg sudah berombak.

2. Jemurkan didalam satu bekas sehingga “ranggup” . Boleh gunakkan food dehydrator DIY seperti ini http://www.alpharubicon.com/prepinfo/dehydratorstryder.htm

3. Tumbuk cendawan yg sudah kering tadi sehingga lumat. Sebuk yang terhasil sudah boleh digunakan utk benih cendawan. Lakukan didalam bilik yg bersih dan tidak berangin.

4. Untuk simpan, boleh letakkan didalam bekas dengan hos makanan seperti biji gandum. Ni yg biasa digunakan oleh penjual benih cendawan,

Jika ada yg risau berkenaan pencemaran organisma lain, ianya boleh dijemur didalam bekas yg tertutup. Peralatan yg digunakan boleh disterilkan mengunakan presure cooker yg mudah didapati di hypermarket.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter