Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Kategori ‘Benih Cendawan’

Benih Cendawan – Tisu Kultur yg Pertama

Friday, August 8th, 2008

Tanpa melengahkan masa, dapat jugak pagi semalam kami hasilkan 10 dish. Tunggang terbalik gak jadi nye sebab pertama kali buat micro biology. Pada awalnya 10 sampel rosak sebab salah handling, harap-harap 10 sampel seterusnya ni ada membuahkan hasil. Kami jangkakan, percubaan pertama ini peluang utk dapat dish yg berjaya tipis :D

Bila dah berjaya nanti, kami akan kongsi cara-cara pembuatannya mengunakan perkakasan didapur. Yang paling canggih kami gunakan ialah petri dish sebab kami tidak dapat cari botol-botol kaca yg sesuai.

Ada kondensasi, agar mungkin terlalu panas masa kami tuang. Ada orang mengatakan ianya takda masalah. Kena suluh lampu baru nampak sampel tisu cendawan.

Clean room takde, clean drawer pon boleh :D Semua dish kami bungkus ngan plastic wrapper makanan,

Petri Dish Tiba

Wednesday, August 6th, 2008

Semalam kami berjaya mendapatkan satu kotak petri dish sterile (500 keping) dengan harga yg paling murah iaitu RM145.00. Semua pengedar barangan makmal yg kami tanya tidak jual “loose”.

Semakin teruja rasanya nak mulakan projek buat benih sendiri ni.