Benih Cendawan – Penyedian PDA
Lanjutan dari percubaan pertama kami yg gagal, kami telah menjalankan postmortem utk mengenalpasti punca pencemaran. Kami mula dengan penyediaan PDA.
Setelah beberapa eksperimen, kami dapati PDA pertama kami tidak sterile dengan sempurna. Ini disebabkan proses sterile tidak mencapai suhu minimum 121°C. Puncanya adalah presure cooker kami tidak sampai presure 15 PSI.
Setelah digodek-godek, rupanya api dapur terlalu kecil menyebabkan stim tidak cukup utk menaikkan presure dan suhu. Kami besarkan api sikit, alhamdullilah 6 dish PDA baru kami masih lagi sihat setelah disimpan selama 5 hari. Berbanding dengan cubaan pertama, dalam masa 2 hari sudah ada tanda-tanda pencemaran. Kami akan biarkan 6 dish tersebut lagi seminggu utk pastikan ianya betul-betul sihat.
Ini pula adalah transfer box yg baru kami bina dari sebuah rak buku. Pintu, rak dan dinding belakangnya kami buang dan gantikan dengan acrylic sheet. Selepas ini segala pemindahan PDA, tisu atau benih akan dilakukan didalam transfer box ini.

Tags: benih cendawan, Benih Cendawan





September 5th, 2008 at 10:17 AM
Salam dan slamat berpuasa,
Teruskan usaha projek benih. Kitorang menanti resultnya nanti. Moga usaha cendawan915 akan berjaya
September 8th, 2008 at 2:13 PM
Sure tahan lasak benih kulat tuh.. ada botoi redbull.
Kalau siap/jadik… kasi saya quotation ya!
September 9th, 2008 at 11:22 AM
salam, dah buat air-flow dalam transfer box lom? tanpa air flow lagi byk ler makhluk halus kumpul dlm tu.. hehe. teruskan, tak semudah toeri, mmg mencabar tapi kalau org lain boleh, korg pon boleh gak kan..!
October 4th, 2009 at 11:59 AM
Buat la laminar flow tu, ltak kipas ngn filter je kat kotak tu. x sampai pun rm200, lbih selamat.
October 4th, 2009 at 5:33 PM
ko pakai filter apa zack ?