Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Argh ! Bangsal Kami Kosong !

Jangan cemas, bukan kena curi tapi kami kosongkan tadi utk jalankan operasi pembersihan. Operasi ini bukan kecil-kecilan, ia memaksa kami berenti meniaga utk 2-4 minggu. Memang satu keputusan yg agak sukar pada mulanya, tapi sesuatu perlu dilakukan utk mengawal serangan hama dan kumbang hitam. Dua tiga menjak ini, hasil yg keluar terlalu banyak yang rosak.

Selain itu bangsal peram kami akan siap dalam masa 2 minggu lagi, jadi kami tidak mahu mengambil risiko memindahkan beg peram kami yg terkena hama dalam bangsal baru. Kemudian kumbang hitam dan lalat buat semakin melarat, ada satu bahagian rak tu sudah macam tong sampah, berterbangan lalat-lalat.

Hampir 1,000 bongkah dibuang pagi tadi, berat mata memandang, berat lagi bahu menolak kereta sorong.

Tapi kami lihat ini sebagai satu perkara positif, satu pengajaran berguna buat kami. Bahawa KEBERSIHAN DAN KETELITIAN MEMAINKAN PERANAN PENTING dalam perusahaan cendawan ini. Kami terima sebagai satu “kursus cendawan yg agak mahal”.

Kami akan siarkan sedikit sebanyak post mortem kami dalam post akan datang utk manafaat pengusaha baru.

Click link dibawah utk melihat beberapa gambar beg yg rosak

Cap berdebu, tanda diserang hama. Masilium pon sudah hilang dimakan hama.

DIserang hama.

Diserang hama, atas dan bawah.

Otai, kulat hijau.

Lalat buah menjamu selera

Lalat buah dan kumbang hitam sedang berkawat

Kena gigit, hama kot

Kulat hitam

Ni rasanye cendawan diserang kulat hijau. Dari pemerhatian kami, kalau kena mcm ni konfirm beg akan kena kulat hijau.

Maselium tak turun. Mcm akar pulak.

Ni tak tau lah sakit apa.

Tompok-tompok yg mencurigakan

Ni tak tau kulat apa. Selalu bertenggek kat cap.

Port sementara dirumah adik ipar.

Share this on:
Share this page via EmailShare this page via Stumble UponShare this page via Digg thisShare this page via FacebookShare this page via Twitter

Tags: , , , ,

3 Komen untuk kiriman “Argh ! Bangsal Kami Kosong !”

  1. Haris Says:

    Minggu lepas.. lepas baca comment sedara, mmg betul kes hama. Nampak macam ada benda asing dok merayap + kumbang hitam dok celah insang kulat.

    Macam mana nak hapuskan alien2 nih.. pakai racun apa?

  2. gogsard Says:

    Kalau hama dah menyerang bongkah, buang sahaja. Tak boleh nak selamatkan lagi. Lagi satu ianya berjangkit.

    Kumbang hitam boleh gunakan serai wangi. Ada dijual dalam bentuk cecair dipasar raya. Satu satu cara boleh gunakan perangkap lalat

  3. MR GO Says:

    Ada masalah penyakit cendawan seperti kulat hijau, kulat orange, serangan Hama , ulat dalam bungkah…dll, kini ada bahan rawatannya… boleh visit blog : http://rasemushroom.blogspot.com atau hubungi MR GO : 019-6536313

    Thank you

Tingalkan Komen Anda