Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib July, 2009

Lawatan Ke Cita Rasa Nusa Mushroom

Sunday, July 19th, 2009

Minggu lepas kami berkesempatan utk singgahke ladang Cita Rasa Nusa Mushroom yg diusahakan oleh Pn Wan Suhaida di Kampun Perepat, Klang. Lokasinya bersebelahan dengan ladang Citra Mushroom.

Beliau mempunyai sebuah bangsal peram seluas 30×30 dan bangsal production seluas 40×100.

Kami tidak dapat berada lama disana kerana kami dan Pn Wan Suhaida sudah terlewat utk pergi melawat ke sebuah lagi ladang di Kuala Selangor.

Fasa 2 Siap !

Saturday, July 11th, 2009

Semalam siap juga rangka bangsal baru kami. Pasang siap dan mengambil masa 3 hari.

Antara pelaburan yg paling mahal, atap metal deck (zink kilang) yg siap dengan “heat insulation” foil dan span. Kami gunakan foil ni dalam bangsal lama, alhamdullilah separuh masalah suhu dapat diselesaikan.  Pengalaman kami, suhu 36°C dapat diturunkan kepada 32°C. Memang sangat disyorkan kepada mereka yg ada masalah bangsal panas. Jika bangsal sedia ada, foilnya ada dijual berasingan di kedai hardware.