Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib April, 2009

Steamer Baru

Wednesday, April 29th, 2009

Setelah bertungkus lumus sepanjang 3 minggu, akhirnya siaplah steamer baru kami. Untuk menjimatkan kos ia diperbuat dari kayu dan zink. Sebab lain kerana kami tiada kepakaran utk mengimpal besi.

Steamer ini mengunakan boiler dan boleh memuatkan 600 bongkah. Pada mulanya kami mengunakan 1 boiler, tapi nampak gayanya tidak cukup “kuat” utk menaikkan suhu dengan cepat dan mengekalkan suhu pada 80 darjah celcius. Setakat ini hanya dapat 70 darjah celcius.

Boiler kedua sedang dalam pembinaan harap-harap dapat mantain suhu pada 80 darjah celcius atau lebih.

Kami mempunyai rancangan utk menerima tempahan. Buat masa ini harga masih belum ditetapkan. Dalam masa terdekat ini kami akan siarkan.

Pandangan Depan

Boiler

Thermometer mini :D

Mesyuarat Agong Persatuan Cendawan Malaysia

Wednesday, April 22nd, 2009

Lama saya tidak update blog ini. Sangat sibuk kebelakangan ini. Kali ni saya nak kongsi mengenai perjumpaan Persatuan Cendawan Malaysia Sabtu ini.

Saya ada call mereka semalam, dan mereka beritahu jika anda bukan ahli boleh walk-in Sabtu ini jam 8:30am untuk mendaftar. Keahlian ialah RM30 jika tidak salah saya. Sila rujuk borang pendaftaran dibawah utk maklumat lanjut.

Insyallah kami akan menghadirkan diri utk perjumpaan ini.

Lokasi FRIM sila rujuk link berikut :

http://www.frim.gov.my/index2.cfm?menu=locationmap-inner

Dipetik dari blog mereka :

http://mushroomassociationmalaysia.blogspot.com/

MESYUARAT AGONG Persatuan Cendawan Malaysia KE9 (MAPCMKe9)

Di maklumkan bahwa Seminar Industri Cendawan bertajuk MUSHROOM MARKETING STRATEGY akan di anjurkan sempana MAPCMKe9.
Tarikh : 25 April 2009 (Sabtu).
Tempat: FRIM, Kepong, Selangor
Masa: 9 pagi -12.00 tengahari
Topik seminar :
1) Insentif dan Potensi Permintaan Cendawan
Pn. Che Hasmah Hassan, Jabatan Pertanian Putrajaya
2) Produk-produk Cendawan
Pn Normah Ibrahim, Jabatan Pertanian Putrajaya
3) Teknologi Pembungkusan dan Pelebelan
En. Norrazlan Hj. Nordin (SIRIM)

DVD Ceramah-ceramah yang telah disampaikan dalam MMCF08 akan dijual kepada perserta & ahli PCM. Handar tempahan sekarang.

Klik sini untuk Borang Pendaftaran