Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib April, 2009

Mushroom Association Malaysia

Thursday, April 30th, 2009

Alhamdullillah, Sabtu lepas sempat saya meluangkan masa utk menyertai AGM Mushroom Association Malaysia buat kali pertama. Ini merupakan AGM mereka yg ke sembilan dan juga disertai dengan seminar mengenai pemasaran dan produk berasaskan cendawan.

Topik yg dibincangkan pada hari itu memang sangat informatif. Banyak maklumat baru berkaitan produk cendawan yg belum dan ada dipasaran. Sedikit sebanyak kita dapat mengetahui segmen market yg masih mentah dan belum diteroka. Manakala wakil dari SIRIM banyak memberikan ulasan mengenai teknik pembungkusan berdaya saing.

Dan selain itu berpeluang bertemu dengan pengusaha-pengusana lain seperti Faisol dari AyNaning, Suppat dari Permai Desa, Nabil dari Nas Agro, Shukri dari Agensi Nuklear Bangi, Mr Lau dari Cendamush Sg Kandis, Mrs Cheng dari Vita, Man dari Tunas Alam, Akmal dari Cendawan Blues, Kuan Semenyih, wakil dari C&C dan ramai lagi.

Website MAM : http://www.mmra.org.my/

Blog MAM : http://mushroomassociationmalaysia.blogspot.com/

Dr Viki, presiden MAM 2008

Pn Hasmah dari Jab Pertanian Putrajaya, menerangkan mengenai insentif dan potensi cendawan

Org kuat cendawan, Pn Normah menerangkan mengenai produk berasaskan cendawan

Nasi cendawan dan air cendawan, produk Cendawan Blues.

En Norrazlan, wakil dari SIRIM

Lawatan Ke Phoenix Agri

Wednesday, April 29th, 2009

Isnin lepas kami sempat singgah ke ladang cendawan Phoenix Agri Sdn Bhd di Sijangkang Klang. Mereka mempunyai 4 bangsal dan kesemuanya dijangka boleh memuatkan 100,000 bongkah.

Kami tertarik dengan cara pembinaan bangsal mereka yg mengunakan konsep pasang siap. Mengunakan besi sepenuhnya dan keempat-empat bangsal hanya mengambila masa 20 hari utk siap.

Malangnya kami sempat mengambil sekeping gambar sahaja kerana bateri kamera habis. Utk maklumat lanjut mengenai ladang mereka, sila lawati blog mereka di http://phoenixagri.blogspot.com/