Utama Profail Produk Berita Kursus Rakan Cendawan Hubungi
Kami

Arkib November, 2008

Serangan Tikus

Saturday, November 29th, 2008

Hari ini ada tetamu yg tidak diundang. Dan tidak sangka pula dapat bersemuka. Ditengah-tengah kami sibuk-sibuk berbincang mencari punca cap peram bongkah-bongkah kami koyak, rupa-rupanya dia sibuk menjamu selera, menu biji gandum benih cendawan.

Cik menti ni pandai juga memilih. Kalau gandum yg dah putih dengan mycelium cendawan dia rejek. Dia makan yg baru suntik je. Ada dekat 20 beg juga yg menjadi mangsa. Kalau tak perasan, mau banyak lagi yg terkorban. Semua beg yg telah di”nodai” kami kukus balik.

Clear biji gandum. Tinggal habuk je.

Pengendalian Benih Cendawan

Wednesday, November 26th, 2008

Kiriman hari ni bukan berkaitan dengan cara membuat benih cendawan, tetapi adalah berkaitan hal-hal mengendalikan benih cendawan yg kita beli dari pembuat benih.

Petang tadi kami dapat luangkan sedikit masa bersama “tukang buat benih” kami utk berkongsi pengalaman dan maklumat berkenaan urusniaga penjualan benih.

Yang menarik perhatian saya ialah hal-hal bagaimana pembeli mengendalikan benih itu sendiri.

Beliau kadang-kala mendapat maklum balas mengatakan benih yg dihasilkan bermasalah. Itu merupakan salah satu cabaran yg dia hadapi dan dia kurang setuju bahawa 100% silap dtg dari benih. Saja juga setuju dengan pendapat beliau. Antara maklumbalas yg sering diterima adalah benih tidak jalan ada jangkitan kulat lain.

Terdapat banyak faktor yg dipengaruhi oleh cara kita mengendalikan benih tersebut. Antaranya :

1. Suhu persekitaran benih – Benih perlu sentiasa disimpan didalam keadaan suhu rendah antara 18°C – 20°C. Ini adalah utk melambatkan proses pertumbuhan mycelium utk mengelakkan dari ianya cepat matang. Pada suhu ini juga, bakteria atau spora lain sukar untuk membiak. Jangan simpan benih dalam bonet kereta anda. Ambil contoh peti sejuk dirumah anda. Makanan yg disimpan didalam peti sejuk tahan lebih lama. Disyorkan selepas membeli benih, secepat mungkin disimpan didalam peti sejuk. Elakkan dari terdedah pada suhu tinggi.

2. Persekitaran ruang simpanan – Utk memindahkan benih, pastikan ianya disimpan didalam bekas yg bersih. Walaupun botol benih ditutup dengan kapas atau aluminium foil, udara masih lagi boleh bergerak bebas. Sediakan satu bekas khas, seperti bekas polisterine dengan penutup khusus utk membawa benih dari pembekal ke tempat anda. Pastikan peti ais bersih. Utk mengelakkan dari bercampur dengan makanan lain, simpan benih didalam bekas lain seperti plastik zip tie.

3. Tidak memilih benih dengan betul - Pastikan botol benih yg dibeli sudah putih keseluruhannya. Abaikan botol-botol benih yang terdapat kawasan biji gandum yg masih belum terdapat mycelium. Pastikan mycelium tidak tebal; tebal tandanya sudah tua. Abaikan botol benih yg ada kesan-kesan mencurigakan seperti tompok-tompok selain warna putih. Pembeli juga bertanggung jawab utk memastikan benihnya sihat.

4. Faktor bongkah - Medium bongkah mempengaruhi pertumbuhan mycelium selepas dipindahkan. Bongkah yg cukup nutrient dan dikukus dengan sempurna mempengaruhi pembiakkan mycelium. Anda boleh cuba suntik beg yg tidak dikukus. Saya yakin, peluang utk mycelium itu utk hidup sangat tipis kerana terdapat banyak saingan dari bakteria atau kulat lain.

Anda boleh membuat ujian ringkas sebelum menyuntik utk memastikan benih tersebut sihat. Sebelum menyuntik, leraikan biji-biji gandum dalam botol benih sehingga nampak warna coklat biji gandum. Biarkan sekurang-kurangnya 2-3 hari. Jika benihnya kuat dan sihat, ia akan putih semula. Jika tidak sihat, ianya lambat putih atau muncul tompok-tompok warna lain.

Anda boleh juga buat ujian diatas sebelum disimpan dalam peti ais. Tetapi utk mendapatkan keputusannya agak lama kerana mycelium bergerak sangat perlahan.


p/s: Projek benih kami masih lagi on-hold.